Archive for June, 2010

Salam sejahtera kepada semua pengunjung JomLabur.com.

Di bawah ini adalah satu artikel tentang compound interest yang telah ditulis oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi.

Semoga ianya dapat membuka minda kita semua tentang kuasa compound interest dan seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam kehidupan kita.

Selamat membaca dan selamat beramal!

Compound Interest – Senjata Jutawan

Oleh: Irfan Khairi

Sumber : Newsletter Jutawan Internet Irfan Khairi

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu  boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12%  (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual Fund). (Kenapa tidak memilih Public Mutual Islamik :wink: )

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura  kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir  perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

p/s : Jika anda berminat sekarang adalah masa terbaik untuk membuat pelabuaran kerana kebanyakan harga pasaran saham unit amanah berada pada tahap rendah. Untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 017-9036576

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N bermaksud: NAME.

anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N - NAME
  • OOVER PROMISE
  • S - SEARCH
  • C - CONTACT
  • A - ASK
  • MMAKE SURE!

Sumber: Blog Irfan Khairi

JOHOR BAHRU 20 April – Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar ‘cukup makan’ jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

”Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

”Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

”Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,” jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

”Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,” jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

”Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,” katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ”Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,” kata beliau.

Sumber: Arkib Utusan Malaysia

Old Man

Saya Tua Tetapi Tiada Simpanan Dalam Akaun Bank

Frasa ini selalu didengar dan diperkatakan. Seperti lelaki tua dalam gambar ini yang merupakan salah seorang pemilik beca di Kuala Terengganu. Dalam fikirannya dia mungkin pernah memikirkan tentang masa depannya. Tidak hairanlah jika dia berjaya memberi pendidikan yang baik untuk anak-anaknya dan tiada seorang pun yang tercicir.

Percaya Kepada Kuasa Penggandaan

Albert Einstein seorang pencipta yang hebat dan sinonim dengan kata-katanya:

Compounding interest is man’s greatest invention

Oleh yang demikian, pengajaran daripada kata-kata itu boleh membuatkan anda kaya berbanding sekarang. Adakah anda percaya dengan kata-kata ini?? Mari kita buat beberapa kira-kira mudah:

Umur : 20

Simpanan Bulanan : $100

Tempoh Masa : 120 bulan

Keuntungan Setahun : 10%

Jadi, Selepas 10 tahun; Umur 30 tahun, wang akan menjadi : $21,037.40

Bandingkan dengan ini :

Umur : 25

Simpanan Bulanan : $200

Tempoh Masa : 60 bulan

Keuntungan Setahun : 10%

Jadi, Selepas 5 tahun; Umur 30 tahun, wang akan menjadi : $16,117.46

Lihat perbezaannya apabila anda memulakan dengan satu jumlah minimum tetapi tempoh lebih panjang?

Mula Menyimpan di Peringkat Awal

Peraturan penggandaan akan menjadi lebih berkesan apabila anda mula untuk berjimat di peringkat awal. Penggandaan memakan masa yang lama untuk matang. Bayangkan betapa hebat kesan penggandaan! ‘Masa’ adalah satu-satunya rahsia penggandaan.

Sesetengah orang memaksa diri mereka untuk mengambil insurans dengan pakej simpanan. Pada pendapat saya, simpanan dengan insurans tidak sesuai untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan sahaja berapa banyak pulangan insurans dalam setahun? Ini adalah kerana, dalam insurans, wang yang akan dilaburkan hanyalah daripada lebihan daripada kos operasi insurans itu sendiri. Sudah tentulah kentungan yang akan diberikan juga adalah sedikit berbanding unit amanah yang keseluruhan daripada dana yang dikumpulkan adalah untuk dilabur.

Kirakan peratusan, bukannya jumlah

Kita telah membuat kesilapan dengan mengira jumlah pulangan mengikut nombor bukan oleh peratusan. Ya, memang benar anda akan mendapat lebih banyak wang jika melabur dalam rancangan simpanan insurans tetapi adakah anda tahu bahawa ia akan jadi lebih baik jika anda melabur dalam satu lagi pulangan yang berperatusan tinggi berbanding dengan insurans?

Ejen insurans ialah seorang yang mulut manis berkata-kata. Jangan terperangkap.  Kebanyakan syarikat insurans tidak boleh memberi anda yang terbaik jika dibandingkan dengan Unit Amanah seperti ASB atau Public Mutual. Banyak dana yang bagus untuk anda memulakan pelaburan.

5 Senarai Semak Sebelum Anda Mula Melabur

  1. Menyediakan simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan bulanan anda – Persiapan sekiranya anda hilang kerja.
  2. Mencari ejen yang melabur wang mereka dalam dana sama – Ini adalah orang yang betul untuk memberi nasihat
  3. Melabur dengan jumlah yang anda mampu untuk rugi – adakah anda bersedia untuk rugi??
  4. Bersedia untuk kes senario terburuk – Sesuatu boleh menimpa pelaburan anda
  5. Daftar pewaris anda -Sekiranya sesuatu terjadi kepada anda

p/s: Hubungi saya sekarang di talian 017-9036576 atau email ke admin[a]jomlabur.com untuk khidmat perundingan dan nasihat pelaburan untuk dana-dana Public Mutual Islamic.


Unit Trust:Passing CUTE Exam

Alhamdulillah, Sabtu lepas (semalam la tu) saya telah menduduki peperiksaan CUTE dan telah lulus dengan cemerlang. CUTE adalah singkatan bagi Computerised Unit Trust Examination, iaitu salah satu pra-syarat untuk menjadi seorang Perunding Unit Amanah/Unit Trust Consultant. Kini, saya adalah Perunding Unit Amanah yang berkelayakan dengan Public Mutual yang membenarkan saya melabur (bukan melalui agen lagi) serta menjemput orang lain untuk melabur dalam sebarang dana di bawah Public Mutual.

Untuk menjadi seorang Perunding Unit Amanah dengan Public Mutual:
- sekurang-kurangnya berumur 21 tahun
- kelayakan minimum SPM
- tidak mempunyai rekod jenayah atau muflis
- membayar RM250 untuk peperiksaan, yuran ejen dan pentadbiran
- menduduki dan berjaya lulus peperiksaan CUTE

Untuk lulus dalam peperiksaan, saya terpaksa mengkaji dan belajar tentang prinsip asas unit amanah (penentuan harga, pengiraan-pengiraan, pemurataan kos ringgit, dan lain-lain) serta juga peraturan-peraturan berkaitan dengannya.
Saya merasakan tujuan peperiksaan adalah bagi memastikan semua ejen penjual unit amanah mempunyai pemahaman asas yang akan membantu mereka dalam memberi nasihat untuk pelabur-pelabur yang berpotensi.

Langkah pertama saya sebagai seorang ejen adalah untuk menukarkan kesemua pelaburan-pelaburan yang sedia ada dalam Public Mutual daripada didaftarkan di bawah ejen-ejen kepada pendaftaran dibawah nama saya supaya saya boleh memantau sendiri portfolio pelaburan saya (terdapat satu borang penukaran ejen yang perlu untuk diisi untuk setiap dana).
Saya akan mengkaji pelaburan melalui sebahagian wang KWSP kita, sebelum memberi penerangan dan mengajak ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan rapat untuk melabur dalam unit amanah.

Tahukah Anda?

1.Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5.65%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 50%.


2.Jika anda melabur RM 5,000 dengan kadar keuntungan 12% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM5,000 anda akan menjadi RM 48,231!

3.Jumlah kos pengajian ijazah di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 4%. Katakan anda mempunyai anak berumur 3 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2025 = RM25,000.00 x (1 + 0.04)15 = RM45,024! Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!…

4. Pelaburan unit amanah adalah antara pelaburan yang sah dan diakui oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu elakkan diri anda dari terjebak dengan skim cepat kaya.

Rancanglah kewangan anda bermula dari sekarang!