Terpanggil pula hari ini untuk membandingkan kedua-dua unit amanah yang terkenal di Malaysia. Saya menulis ini atas pendapat dan pandangan saya terhadap kedua-dua dana ini. Jika terdapat kesalahan atau kemusykilan, boleh kita bincang bersama. Lagipun saja saya hendak memberitahu orang ramai, terdapat alternatif lain untuk melabur di dalam unit amanah selain daripada ASB. Bagi saya unit amanah yang dikeluarkan Public Mutual memberi pulangan yang hebat jika dibandingkan dengan unit amanah yang lain. Ini bukan hendak memberi iklan yang free kepada Public Mutual, tetapi memang ternyata prestasi setiap dananya amat memberangsangkan. Berikut adalah perbandingan secara mudah antara kedua-dua unit amanah.
| Amanah Saham Bumiputra |
Public Mutual Berhad |
|
| Harga | Harga tetap | Harga berubah-ubah mengikut pasaran semasa. |
| Jenis Pulangan | Dividend income | Dividend income dan Capital Gain |
| Jenis Pelaburan | Pelaburan Konvensional. Ada yang mengatakan ianya bukan satu pelaburan syariah. Sila ikuti artikel di www.zaharuddin.net | Terdapat dana yang dilaburkan 100% mengikut kehendak syariah dan terdapat juga dana yang dilaburkan mengikut kaedah kovensional. |
| Pengiraan Pulangan
(Cth. Jumlah pelaburan RM10,000) |
Harga Seunit: RM 1
RM 10,000/ RM 1 Dividen dan bonus 9% 10,000 x 0.09= RM 900 Capital gain = RM 0 Jumlah Pulangan = RM 900 Pulangan % = 900/10000 |
Harga Seunit : RM 0.85
RM 10,000/ RM 0.85 Dividen 0.07 sen 11,764 x 0.07 = RM 823.53 Jika capital gain = 0.03 sen Pulangan = 11,764 unit x 0.03 sen Jumlah Pulangan = RM 823.53 + RM 352.92 Pulangan % = 1,176.45/10000 |





RSS
Buzz
Facebook
FourSquare
Twitter