Archive for August, 2010

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Yeah…esok Merdeka!!!
Sedar tak sedar dah 53 tahun Malaysia merdeka…Alhamdulillah bila flashback ke belakang, kita tengok betapa hebatnya pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita waktu dahulu yang berjuang demi kemerdekaan negara tanpa ada pertumpahan darah.

Macamana sambutan merdeka kali ni ye? Di TV takde pulak konsert-konsert seperti tahun-tahun sudah. Baguslah kalau begitu sebab bulan yang mulia lagi berkat (Ramadan) patut dihormati.

Saya harapkan akan ada kemajuan dan pembaikan dalam ekonomi dan sosial negara dan untuk semua rakyat Malaysia amnya dan semua pelabur JomLabur.com khasnya, jom kita ramai-ramai berdoa supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman makmur serta sejahtera selalu hendaknya…

dan tidak lupa juga saya ucapkan selamat bercuti esok :-)

Di Mana Tahap Kewangan Anda?

Salam sejahtera,

Saya ada satu soalan khas untuk anda. Bagaimana dan dimana tahap kewangan anda sekarang? dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?

Disini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan.
Anda boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.

1. Kewangan Yang Tidak Selamat
Anda tidak mempunyai simpanan, jika ada pun hanya cukup untuk menyara hidup anda selama sebulan sahaja. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang, makan petang.

2. Kewangan Yang Selamat
Anda mempunyai simpanan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak bekerja. Tempoh 6 bulan ini merupakan jangka waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan baru atau membuka perniagaan.

3. Financial Freedom – Kebebasan Kewangan
Anda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.

4. Tahap Selesa – Kaya
Mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis!

Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda?

Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu “Financial Freedom”.

Semoga berjaya…

Salam sejahtera,

Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing.

Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri.
Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan anda… manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan anda..

  1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.
  2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam.
    Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!
  3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.
  4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.
  5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.
  6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja!
  7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.

Bagaimana saudara/saudari? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?

Renung-renungkanlah…

Sekian, jumpa lagi pada entri akan datang :-)

Cara Melabur dalam Unit Trust

Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory).

Pelaburan secara ‘Lump Sum’ investment ni kita invest sekaligus cash. Katakan kita ada dalam simpanan RM50k, jadi, kita keluarkan 50k bulat-bulat kemudian laburkan dalam sesuatu dana pelaburan Unit Trust.

Regular saving pula, pelaburan permulaan RM1000 kemudian bulan-bulan potong dari akaun bank RM100 minimum. Untuk yang tidak mahu buat potongan dari akaun bank, boleh juga deposit sendiri secara manual di kaunter Public Bank. Cuma when we talk about retirement planning, it’s all about DISIPLIN, kalau ‘autodebit’ dari akaun bank ni, kita tak lupa. Benefit dia, waktu kita bersara dapat KWSP 200k, pelaburan Unit Trust 500K. Ada la juga simpanan kita untuk hari tua nanti.

Ok, katakan matlamat anda bila bersara nanti nak ada simpanan RM 1juta. Umur sekarang 25 tahun.

Jadi, untuk mencapai matlamat itu, anda hanya perlu buat simpanan bulanan RM300 selama 30 tahun dengan pulangan 12% setahun… PUBLIC MUTUAL?… definitely more than that…

Berbalik kepada pelaburan secara ‘Lump Sum’ tadi,

Labur sekali RM50k, dengan pulangan 12% setahun, masa umur anda 55 tahun nanti (tempoh pelaburan 30 tahun) wang anda menjadi RM 1.7juta. Jadi, sekarang ni pilihan di tangan anda, mahu jadi jutawan masa bersara atau mahu jadi drebar teksi, masih bekerja mencari duit untuk meneruskan sisa hidup anda.

Tanya Diri Anda Sendiri

Sebelum anda melabur dalam mana-mana dana pelaburan Unit Trust anda kena tanya dulu 4 soalan ini?

  1. Mengapa saya mahu melabur? (Objektif pelaburan anda)
  2. Berapa lama saya mahu melabur? Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term?
  3. Bolehkah saya menghadapi risiko pelaburan yang saya telah buat? Sejauh mana tahap toleransi risiko saya? Sejauh saya anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?
  4. Apakah kedudukan kewangan saya sekarang?

Kalau 4 soalan ini anda dapat jawab maka anda boleh melabur tetapi pastikan anda meminta nasihat daripada perunding-perunding yang bertauliah.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.

MAKE SURE YOUR MONEY WORKING AS HARD AS YOU WORK!!!

p/s :Untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 017-9036576

Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda. Hubungi saya sekarang.

3 Pelan Rancang Wang

Kalian perlu maklum kita ada 3 jenis pelan rancang wang. Sekiranya anda mengetahui 3 jenis pelan ini dengan betul, maka anda akan dapat membentuk perancangan kewangan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.

3 jenis perancangan kewangan tersebut adalah:

1. A plan to be secure

Ini adalah perancangan yang paling asas, tetapi 9 dari 10 orang tidak melakukannya. Asasnya adalah active savings. Sama ada anda menyimpan dalam akaun simpanan biasa atau tabung buluh atau di bawah bantal atau dimana-mana sahaja, asalkan anda sudah mula menyimpan secara tetap. Invest (save money ? ) for very long term. 30 tahun. Simpanan untuk hari tua anda.

Pelan ini selalunya melibatkan pulangan kewangan sebanyak 5% dan ke bawah.

2. A plan to be comfortable

Ini adalah perancangan untuk hidup senang, tetapi masih bukan untuk menjadi kaya. Anda mula melabur dalam ASB, dalam saham amanah. Anda sudah tahu menggunakan produk-produk kewangan lainnya. Anda disuruh buat regular savings, anda buat. Anda disuruh beli amanah saham XYZ, anda beli. Bila portfolio anda berkembang baik, anda gembira. Bila portfolio anda mengalami masalah, anda mula nak salahkan orang lain.

10-15% pulangan setahun. Itu objektifnya.

3. A plan to be rich

Ini adalah perancangan untuk menjadi kaya. Anda melabur dalam produk kewangan yang lebih sofistikated. Yang orang biasa-biasa tidak faham. Anda merancang perniagaan mempunyai sistem sendiri. Yang orang biasa-biasa tidak buat Anda tahu menggunakan leverage. Anda tahu menggunakan other’s people money. Anda tahu menggunakan other’s people time. Anda menguruskannya dengan professional. Anda bersedia dan tahu untuk buat apa sekiranya ekonomi merudum sekalipun.

Pulangan 100% secepat mungkin dan dilaburkan semula. Return, infinity.

Awas!

Kita perlu melalui setiap langkah ini. Sekiranya kita menyimpan pun tidak, terus-terus mahu ikut pelan to be rich, awas! Kalian mungkin mudah ditipu dan senang diperangkap untuk masuk skim cepat kaya. Kita kena naik tangga, dengan menaiki setiap anak tangga. Bukan boleh terus lompat-lompat.

Ingat, orang yang ada ilmu boleh tukar sampah jadi emas. Orang yang bodoh, emas pun jadi sampah.

Sumber: Pakdi,
Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua pembaca JomLabur.com,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua pelabur yang beragama Islam moga peluang menikmati Ramadhan kali ini akan menjadi lebih lebih baik dan sempurna.

Semoga Ramadhan kali ini juga membawa seribu erti dalam kehidupan saya dan anda semua.

Gunakanlah Ramadhan sebaiknya, sebarkanlah mesej positif, suburkanlah kasih sayang dan nikmatilah dengan penuh kesyukuran.

Sekian dulu dari saya, salah silap mohon diampunkan, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.