Archive for the ‘ Jom Melabur ’ Category

Ini adalah soalan yang biasa didengari apabila seseorang itu mahu memulakan atau berminat dengan pelaburan atau simpanan emas. Sebelum saya memulakan dengan lebih mendalam lagi, ingin saya memberitahu bahawa:
  1. Pihak kami bukanlah ejen skim cepat kaya, atau MLM, atau skim pelaburan haram. Kami hanya menjalan aktiviti menjual dan membeli Emas dengan urusniaga TUNAI. Ada duit dan ada emas fizikal.
  2. Kami juga tidak menjamin sebrang bentuk pulangan bulanan seperti yang di war warkan sesetengah pihak, bahkan kami mengutuk perbuatan dan skim seperti ini kerana ianya haram di sisi Islam.
Huraian secara ringkas di bawah adalah bagaimana ingin memulakan simpanan emas anda sebagai aset:
 
  • Berapakah Modal yang diperlukan?? – modal di sini ialah duit secara fizikal dan ilmu di mana ilmu boleh didapati daripada website ini, google in internet ataupun dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Modal secara duit yang diperlukan untuk memulakan pelaburan/simpanan emas ini adalah bergatung kepada berapa yang anda ada ketika ini. Jika anda mampu untuk membeli 1 dinar, beli sahaja 1 dinar tersebut. Jika anda mampu untuk membeli 1 kg emas, juga terpulang kepada anda. Harga semasa emas boleh dilihat di sebelah kanan website ini setiap masa.
  • Bilakah Masa sesuai? – Masa paling sesuai untuk memulakan  pelaburan/simpanan ialah SEKARANG! Tidak kira sebenarnya harga sedang naik atau turun, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk memulakannya kerana ada asasnya harga emas tetap akan naik dalam jangka masa panjang. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepatlah anda akan menimba pengalaman seterusnya kejayaan dalam bidang emas ini.
  • Dengan siapa saya beli emas? – Anda boleh beli emas dengan saya (ejen sah GCP). Jualan emas adalah seperti yang tertera di tepi kanan website ini.
  • Kami menyediakan cara termudah dan termurah untuk anda memiliki emas…
  •  

    Jadi, apa tunggu lagi…..
    Mulakan pelaburan atau simpanan emas anda sekarang.
    Hubungi saya untuk keterangan lanjut..Insyaallah, impian anda pasti tercapai!
    LUKMAN SHAMSUDDIN (AD1469)
    016-9216576

    Melalui perbualan lisan bersembang bersama kawan-kawan, emel dan juga menerusi facebook, rakan-rakan saya bercerita mengenai ejen-ejen / konsultan (yang lebih tepat adalah jurujual) saham amanah mendekati mereka dan meminta mereka membeli seterusnya melabur dalam saham amanah. Kebanyakannya tidak berapa tahu apakah keputusan terbaik yang harus dibuat. Beli atau tidak?

    Berikut adalah soalan-soalan yang lebih tepat untuk kalian tanya kepada jurujual tersebut. Sekiranya berpuas hati, ok. Kalau tidak berpuas hati, cari jurujual yang lain atau jangan melabur langsung.

    1. Tuan / puan sudah berapa lama menjual unit trust?

    2. Kalau saya beli dari tuan / puan, apa yang tuan / puan dapat?

    3. Kalau saya beli dari tuan / puan, apa yang saya dapat?

    4. Kalau saya untung macam tuan / puan cakap tu, apa tuan / puan dapat?

    5. Kalau saya rugi, apa tuan / puan dapat ?

    6. Kenapa tuan / puan cadang saya beli dana A dan bukan dana B?

    7. Kenapa tuan / puan cadangkan dollar cost averaging (melabur setiap bulan atau 3 bulan sekali) dan apa yang tuan / puan dapat?

    8. Kenapa tuan / puan cadangkan dollar cost averaging dan apa yang saya dapat ?

    9. Saya baru beli buat kali pertama, boleh tak saya batalkan pembelian saya bila-bila masa?

    10. Betul ke saya boleh dapat pulangan yang macam tuan / puan tunjukkan tu?

    11. Dana yang tuan / puan cadangkan kepada saya ni, melabur di mana dan apakah risiko saya ambil?

    12. Potensi keuntungan yang tuan / puan tunjuk kepada saya ni, adalah keuntungan bersih atau keuntungan kasar (belum tolak fi jualan, fi pengurusan dan lain-lain)

    13. Kenapa tuan/ puan cadangkan saya melabur selama x tahun ?

    14. Apa lagi kos-kos yang perlu saya tahu ?

    15. Betul kah sekarang masa yang sesuai untuk melabur ? Kenapa ?

    Kemudian, sila nilai jawapan yang jurujual beri. Ambil prospektus dana yang ditawarkan, baca dan bandingkan jawapan yang kalian terima. Kalau kalian betul-betul serius nak rancang wang, inilah yang kalian kena buat. Kalau tidak pihak lain yang serius merancang wang mereka dengan wang kalian.

    sumber: Pakdi

    Kos sara hidup yang semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia termasuklah kita kini semakin sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak. Tentunya kalau hendak melabur dengan menggunakan wang simpanan tunai, pasti ramai yang tak berkemampuan. Mana tidaknya, wang gaji yang diterima setiap bulan hanya cukup-cukup untuk membiayai kos sara hidup.

    Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk Unit Amanah (Unit Trust), anda sebenarnya mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.

    Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun sahaja

    (Sumber: NSTP, 27/12/2008)

    Manfaat-Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah

    • Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai ; Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
    • Kepelbagaian ; Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
    • Pertumbuhan Modal ; Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupakan sebahagian pulangan wang pelaburan untuk meningkatkan simpanan KWSP anda (contoh: beli RM0.20 seunit VS jual RM0.40 seunit = pertumbuhan modal RM0.20 seunit)

    Mula Tingkatkan Simpanan KWSP Anda Dengan Public Mutual. MENGAPA?

    Pemimpin Industri

    • Public Mutual merupakan pemimpin dalam industri Unit Amanah Swasta di Malaysia dan menguasai 43.2% bahagian pasaran. Ini bermakna, setiap 100 orang pelabur, 43 orang pelabur akan melabur dengan Public Mutual.
    • Kekal No. 1 dalam industri unit amanah swatsa dengan menguruskan lebih 70 dana dengan aset bersih berjumlah RM37.8 billion daripada 2,320,000 pemegang akaun.
    • Anak syarikat milik penuh Public Bank dengan mempunyai rekod keuntungan yang tinggi.

    Trek Rekod Yang Unggul Dalam Memenangi Anugerah

    • Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu sebanyak 159 anugerah industri sejak 1999.

    Pengalaman Yang luas

    • Mempunyai 35 tahun penagalaman dalam pengurusan dana.

    Sebagai Muslim, saya nasihatkan agar anda melabur dalam dana-dana yang berlandaskan Syariah. Ini kerana duit keuntungan daripada aktiviti pelaburan akan kita gunakan di waktu persaraan kita.

    Sekiranya anda masih belum membuat pelaburan dalam unit amanah Public Mutual, anda bolehlah mulakannya sekarang. Adakah anda hanya mahu menjadi pemerhati sahaja dimana pada waktu yang sama, ramai rakan-rakan kita sedang bertungkus lumus menambahkan duit simpanan persaraan KWSP mereka.

    p/s: Hubungi saya sekarang untuk melabur di dalam dana-dana Islamik Unit Amanah Public Mutual di talian 017-9036576 / 016-9216576.

    Alhamdulillah, pada 5-6hb November yang lepas saya telah selesai melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangan hidup saya yang tercinta.

    Dan bermulalah tanggungjawab saya untuk menjaga isteri dan seterusnya keluarga sampai hujung nyawa…dan InsyaAllah ke syurga… :-) .

    Sempurna sudah satu perancangan dalam hidup saya. Maka, selepas ini akan bermulalah satu perancangan baru di dalam hidup saya iaitu perancangan untuk pendidikan anak-anak nanti. InsyaAllah, jika diberikan rezeki oleh Allah s.w.t, mudah-mudahan kami dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

    Banyak belanja yang akan dikeluarkan untuk kahwin. Tetapi tahap perbelanjaan biasanya bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin. Tidak kurang juga yang berkongsi majlis resepsi. Jika tidak cukup duit nak kahwin, ada juga yang mengambil pinjaman. Tapi fikirkan dulu kemampuan untuk membayar di hari kelak kerana tanggungan anda akan bertambah, lebih-lebih lagi jika mendapat cahaya mata awal. Walau apa pun cara anda, jangan sesekali meminjam dari “Along”. Padah jangan diundang! Cuba bincangkan masalah anda dengan keluarga. Mungkin mereka boleh membantu.

    Jika tidak mahu ambil pinjaman,anda bolehlah mula merancang kewangan bermula dari sekarang!

    p/s: Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan khidmat perancangan kewangan atau nasihat tentang dana-dana Islamik Unit Amanah Public Mutual di talian 017-9036576 / 016-9216576.

    Rancang persaraan ketika muda

    SAAT persaraan sememangnya ditunggu setiap pekerja. Malah sudah banyak yang direncanakan untuk waktu berkenaan seperti bercuti, menunaikan ibadat haji atau melakukan hobi yang sebelum ini terpaksa dipendam dan ditunda dek kekangan masa serta kesibukan tugas.

    Namun, ramai yang lupa perancangan kewangan selepas bersara kerana beranggapan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mencukupi.
    Apakah benar persepsi sedemikian?

    Hakikatnya, ia tidak sebegitu terutama bagi mereka yang bekerja sendiri atau tidak berpendapatan tetap. Justeru, persaraan yang dilalui tanpa persediaan sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada yang terpaksa bergantung harap kepada anak dewasa.

    Berdasarkan senario sedemikian, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menawarkan beberapa saranan seperti yang dimuatkan dalam buku panduannya. ACCA menyifatkan amat penting bagi seseorang itu merancang persaraan seandainya mahu hidup selesa dan teguh kewangan apabila tiba usia emas.

    Ada beberapa langkah mudah perancangan persaraan yang boleh dilakukan sendiri seperti menentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan, jumlah harta atau wang dimiliki sekarang serta apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

    Semua persoalan berkenaan memerlukan pemikiran dan perancangan bersungguh-sungguh kerana jumlah wang diperlukan ketika persaraan mempunyai hubung kait dengan gaya hidup yang diinginkan.

    Misalnya, andai kata, anda merancang untuk berpindah ke sebuah rumah yang lebih kecil di sebuah kawasan pinggir bandar, justeru kos hidup mungkin lebih rendah berbanding tinggal di sebuah rumah besar di kawasan bandar. Sebelum memenuhi sebarang hajat, anda harus lihat dan teliti perbelanjaan semasa serta menganggarkan bagaimana ia mungkin berubah ketika persaraan kelak.

    Umpamanya, anda boleh mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan hiburan, tetapi anda mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan kerana kemungkinan jatuh sakit meningkat selaras pertambahan usia. Secara alternatif, anda boleh membuat andaian bahawa anda hanya memerlukan 70 peratus hingga 80 peratus daripada perbelanjaan semasa sewaktu persaraan. Jadi, jika anda bersara pada usia 56, anda memerlukan simpanan sekurang-kurangnya tempoh 24 tahun berdasarkan faktor jangka hayat penduduk negara ini.

    Ancaman paling besar memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan adalah inflasi. Anda mungkin tidak memberi tumpuan terhadap inflasi ketika anda bekerja kerana pendapatan anda cenderung meningkat seiring dengannya. Bagaimanapun, apabila berhenti bekerja, pendapatan anda lebih kurang tetap dan ini membuatkan inflasi muncul sebagai masalah besar.

    Apabila sudah mengetahui inflasi boleh menjejaskan pendapatan ketika persaraan, maka langkah seterusnya yang boleh di ambil untuk memastikan jumlah dana yang boleh bertahan sehingga 24 tahun. Andaikan bahawa purata kadar pulangan ke atas pelaburan untuk 25 tahun akan datang ialah lapan peratus dan memandangkan kadar inflasi ialah lima peratus, maka kadar sebenar pulangan ke atas pelaburan ialah tiga peratus.

    Mencari jawapan ini agak rumit kerana anda perlu tahu nilai setiap pelaburan masa depan, termasuk KWSP, nilai tunai insurans, pelaburan syarikat yang melabur dan membayar dividen dan hartanah. Bagi rancangan persaraan, anda dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti unit, bon dan dana unit amanah memandangkan pelaburan jenis ini menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding bentuk pelaburan lain umpamanya faedah daripada akaun simpanan atau deposit tetap.

    Unit amanah adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudian dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko. Melalui kepelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

    Nyata sekali, anda perlu memikirkan satu perancangan kewangan yang lengkap untuk persaraan anda dengan mengambil kira aset, hutang, perbelanjaan, tabungan, matlamat kewangan anda.

    Andai buntu, dapatkan bantuan perancang kewangan yang berkelayakan. Kesimpulannya, lagi awal perancang persaraan dibuat maka lagi cerah masa depan persaraan anda.

    INFO: Tip perancangan persaraan

    Pertimbang persoalan penting seperti:

    • Tentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan.
    • Jumlah harta atau wang dimiliki sekarang.
    • Apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

    Perancangan persaraan:

    • Dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti unit, bon dan dana amanah yang hasilkan pulangan berbanding bentuk pelaburan lain seperti faedah akaun simpanan atau deposit tetap.
    • Pelaburan unit memberikan anda status pemilik dalam sesebuah syarikat yang dilabur. Jika syarikat itu berjaya, anda seharusnya boleh menjana wang dengan menjual balik unit itu. Anda juga mungkin boleh meraih keuntungan daripada dividen yang dikeluarkan oleh syarikat itu secara tetap.
    • Bon pula sebenarnya pinjaman perniagaan dan kerajaan yang dipegang untuk sesuatu masa. Lazimnya ia lebih selamat untuk melabur dalam bon dan sesetengahnya disokong oleh kerajaan.
    • Dana Unit Amanah adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudian dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko. Melalui kepelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

    SEBAIK mendengar perkataan unit amanah, pasti terbayang habuan ribuan ringgit yang boleh dimanfaatkan. Namun hakikatnya, dana unit amanah lebih daripada itu kerana selain pelaburan jangka pendek dan panjang, ada yang turut menyifatkannya simpanan masa depan.

    Mengimbau sejarah dana unit amanah di negara ini, industri unit amanah bertapak di negara ini sejak 1959 lagi apabila pelabur Inggeris di Singapura menubuhkan Malayan Unit Trust Limited dan diikuti pelancaran dana unit amanah pertama di Malaysia, ‘Fisrt Malayan Fund’. Pada 1966, Asia Unit Trust Berhad pula ditubuhkan (Melancarkan Unit Amanah Malaysia sepenuhnya – ‘Malaysian Investment Fund’) diikuti dengan penubuhan Amanah Saham Mara Berhad sebagai syarikat amanah saham pertama yang dimiliki Bumiputera dan ditubuhkan untuk Bumiputera dalam tahun 1967. Pada April 1968, dana unit amanah pertama untuk pelabur Bumiputera yang dikenali sebagai ‘First MARA Bumiputra Investment Fund,’ dilancarkan Amanah Saham Mara Berhad.

    Pada tahun 1975, Kuala Lumpur Mutual Fund (sekarang Public Mutual Berhad) telah ditubuhkan.

    Kemudian pada 1976, Amanah Saham Pahang Berhad ditubuhkan sebagai syarikat amanah unit negeri yang pertama dan pada 1981, Amanah unit Nasional (ASN) dilancarkan sebagai instrumen pasaran modal bagi meningkatkan taraf hidup dan penyertaan atau pemilikan ekuiti Bumiputera.

    ASN dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputera (ASB) membuka lembaran baru di dalam industri unit amanah di Malaysia. Masyarakat mula memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kebaikan melabur di dalam unit amanah.

    Bermula dari 1983, banyak institusi kewangan melancarkan produk unit amanah mereka dan industri ini terus berkembang dengan pesatnya selaras permintaan semasa orang ramai yang kian menyedari kepentingan pelaburan demi jaminan masa depan.
    Apabila Garis Panduan Saham Amanah diperkenalkan dan berkuat kuasa Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 serta penubuhan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) sebagai badan-badan pengawas industri unit amanah pada 1990-an, maka industri unit amanah terus bertapak kukuh di negara ini.

    Dengan perkembangan sihat ini, pengetahuan masyarakat dalam pelaburan amanah unit turut juga berkembang dan kaedah pelaburan ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

    Masyarakat pelabur kini sudah semakin bijak menilai jenis pelaburan yang sesuai untuk mereka, lebih-lebih lagi pihak kerajaan amat menggalakkannya supaya lebih banyak dana unit amanah dibentuk. Pada masa sama, lebih banyak pilihan pelaburan ditawarkan kepada masyarakat selain melabur terus ke dalam pasaran saham.

    Namun, pelaburan unit amanah ini ada kelebihannya tersendiri jika dibandingkan dengan melabur terus ke dalam pasaran saham. Ia secara tidak langsung berkaitan pelaburan berisiko rendah dan cara yang selamat bagi mereka yang merancang untuk melabur dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.

    Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah? Unit Amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

    Ini disebabkan unit amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

    Risikonya tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran unit (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan unit amanah ini tidak berisiko langsung!

    Unit Amanah bukanlah skim cepat kaya (seperti diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan sah dari segi undang-undang. Malah perunding unit amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

    Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal individu ataupun syarikat dan dilaburkan pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain.

    Unit amanah ini berbeza dengan pelaburan pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

    Peluang pertumbuhan dalam unit amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

    Sebilangan jenis unit amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal (capital gain), pengagihan (dividen) dan juga bonus.

    Kelebihan unit amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

    p/s :Untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 017-9036576

    Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda.

    Hubungi saya sekarang.