Archive for the ‘ Pelaburan Emas ’ Category

Ini adalah soalan yang biasa didengari apabila seseorang itu mahu memulakan atau berminat dengan pelaburan atau simpanan emas. Sebelum saya memulakan dengan lebih mendalam lagi, ingin saya memberitahu bahawa:
  1. Pihak kami bukanlah ejen skim cepat kaya, atau MLM, atau skim pelaburan haram. Kami hanya menjalan aktiviti menjual dan membeli Emas dengan urusniaga TUNAI. Ada duit dan ada emas fizikal.
  2. Kami juga tidak menjamin sebrang bentuk pulangan bulanan seperti yang di war warkan sesetengah pihak, bahkan kami mengutuk perbuatan dan skim seperti ini kerana ianya haram di sisi Islam.
Huraian secara ringkas di bawah adalah bagaimana ingin memulakan simpanan emas anda sebagai aset:
 
  • Berapakah Modal yang diperlukan?? – modal di sini ialah duit secara fizikal dan ilmu di mana ilmu boleh didapati daripada website ini, google in internet ataupun dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Modal secara duit yang diperlukan untuk memulakan pelaburan/simpanan emas ini adalah bergatung kepada berapa yang anda ada ketika ini. Jika anda mampu untuk membeli 1 dinar, beli sahaja 1 dinar tersebut. Jika anda mampu untuk membeli 1 kg emas, juga terpulang kepada anda. Harga semasa emas boleh dilihat di sebelah kanan website ini setiap masa.
  • Bilakah Masa sesuai? – Masa paling sesuai untuk memulakan  pelaburan/simpanan ialah SEKARANG! Tidak kira sebenarnya harga sedang naik atau turun, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk memulakannya kerana ada asasnya harga emas tetap akan naik dalam jangka masa panjang. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepatlah anda akan menimba pengalaman seterusnya kejayaan dalam bidang emas ini.
  • Dengan siapa saya beli emas? – Anda boleh beli emas dengan saya (ejen sah GCP). Jualan emas adalah seperti yang tertera di tepi kanan website ini.
  • Kami menyediakan cara termudah dan termurah untuk anda memiliki emas…
  •  

    Jadi, apa tunggu lagi…..
    Mulakan pelaburan atau simpanan emas anda sekarang.
    Hubungi saya untuk keterangan lanjut..Insyaallah, impian anda pasti tercapai!
    LUKMAN SHAMSUDDIN (AD1469)
    016-9216576

    Mengapa Perlu Simpan Emas?

    5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas!

    1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

    Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

    Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 24% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

    Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!!

    2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
    Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM5 sehari pun tidak cukup..  Tetapi dengan emas, jika 1400 tahun dahulu nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

    3. Aset yang mudah untuk dicairkan
    Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

    4. Ia tidak boleh dimanipulasikan
    Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

    Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

    5. Emas ialah kekayaan yang sebenar

    Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

    Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sebab sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

    • Emas adalah lambang kekayaan
    • Emas adalah lambang kecantikan
    • Emas adalah lambang kekuasaan

    SITUASI

    Jangka masa simpanan = 12 bulan
    Jumlah pinjaman (ar-rahnu) = 70%
    Upah simpan = RM 0.60/RM100
    Kenaikan harga emas = berdasarkan data sebenar harga Kijang Emas BNM
    Anggaran dividen ASB/Unit Trust/Tabung Haji = 8%

    JALAN CERITA

    Saya guna simpanan ASB/Unit Trust/Tabung Haji untuk membeli 1 keping Kijang Emas pada 3/5/2010 dengan harga RM4009. (Rujuk harga Kijang Emas BNM)

    Kemudian pajak di ar-rahnu dapat RM 2806 (70%xRM4009). Dengan upah simpan RM 288.65/tahun.

    RM 2806 dari ar-rahnu tu saya simpan semula di ASB/Unit Trust/Tabung Haji.

    Setelah genap setahun, saya menebus dan menjual semula Kijang Emas tadi.

    PENGIRAAN KEUNTUNGAN

    Harga emas semasa RM4858 (3/5/2011) (Rujuk harga Kijang Emas BNM)
    Hasil jual balik emas RM4670  (spread 4%)
    Untung kasar RM661 (RM4670-RM4009)
    Tolak upah rm RM288.65

    Keuntungan RM372.35 (RM661-RM288.65)
    Tambah Dividen ASB/Unit Trust/Tabung Haji = RM224.48 (8%xRM2806)

    Untung keseluruhan RM596.83

    Berbanding RM320.72 (8%xRM4009) keuntungan jika RM4009 tadi terus disimpan di ASB/Unit Trust/Tabung Haji tanpa membeli emas terlebih dahulu.

    Nota: Istilah susut nilai (spread) : Susutnilai juga dipanggil spread.

    Tujuannya ialah supaya penjual emas dapat untung daripada perbezaan harga belian dan jualan.

    HARGA SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). HARGA SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut.

    Formula HARGA SPREAD adalah sebagaimana berikut:
    HARGA SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
    Peratusan HARGA SPREAD = (Jumlah HARGA SPREAD / Harga WE BUY) x 100

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

    Di sini saya ingin berkongsi satu artikel berkenaan kenaikan harga emas dalam 2-3 tahun kebelakangan ini.

    (klik untuk besarkan gambar)

    Setelah sekian lama tidak mengupdate info mengenai emas, hari ini pihak admin telah mendapat satu keratan akhbar yang dipetik dari Sinar Harian Edisi Pantai Timur bertarikh 15 Februari 2011 yang bercerita mengenai kenaikan harga emas selama 3 tahun bermula 2007 ke 2010. Artikel mengenai emas pada masa ini agak begitu kerap disiarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelaburan emas tatkala ekonomi dunia yang suram serta pergolakan berlaku di beberapa negara yang boleh mengakibatkn kelumpuhan ekonomi.

    Nilai matawang kertas juga akan susut disebabkan inflasi yang tinggi setiap tahun dan emas merupakan salah satu pelaburan yang kalis inflasi serta tidak ada kesusutan atau ketiadaan nilai walaupun di potong halus2. Dengan mendapat pengiktirafan seluruh dunia, emas boleh di jadikan portfolio utama pelaburan anda. Dengan keuntungan emas yang bukan di dalam bentuk dividen tetapi apabila kita menjual atau memajak emas tersebut, nilainya memang sentiasa di terima seluruh pelusuk dunia.

    Artikel di atas berikut merupakan suatu bentuk idea untuk anda realisasikan. Anda dapat idea dan gunakanlah akal anda sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

    (klik untuk besarkan gambar)

    Artikel dipetik dari http://dulangemas10.blogspot.com/2011/02/purata-kenaikan-harga-emas-24.html

    P/S: Masa itu emas. Hubungi saya sekarang untuk memiliki emas dengan harga diskaun.

    Anda ingin memiliki emas dengan harga diskaun sebanyak 3.5%?

    Ikuti langkah mudah dibawah ini

    1.)Semak harga selling price (kami jual) di GCP gold price dengan melayari website www.gcp.com.my
    Harga semasa emas yang tertera adalah sebelum ditolak harga diskaun.

    Contoh pengiraan harga sebenar selepas diskaun.

    (a)HARGA SEMASA GoldBar GCP 10g RM1540/PC -(TOLAK) DISKAUN sebanyak 3.5%
    =RM1540 – (3.5% x RM1540)
    =RM154053.90
    =RM1486.00 (HARGA SELEPAS DISKAUN)

    (b)HARGA SEMASA Rantai Tangan 999 30G RM4643 -(TOLAK) DISKAUN sebanyak 3.5%
    =RM4643 – (3.5% x RM4643.40)
    =RM4643162.50
    =RM4480.50 (HARGA SELEPAS DISKAUN)

    2.)Hubungi saya CALL/SMS 016-9216576
    atau Email : admin@jomlabur.com

    (WAKTU OPERASI ISNIN – JUMAAT JAM 10.00am – 4.00pm)

    3.)Bank in/Transfer bayaran anda di MAYBANK 557090051041 (Lukman bin Shamsuddin)

    Email slip bayaran ke admin@jomlabur.com atau atau MMS ke 016-9216576 sebagai bukti pembayaran.

    4.)TEMPAHAN AKAN DIHANTAR DALAM TEMPOH 5 HARI BEKERJA
    GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma kepada pembeli melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

    Saya juga menyediakan khidmat penghantaran ‘by hand’ emas yang dipesan untuk pembeli di sekitar Kota Kinabalu dan Labuan.

    MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

    Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

    Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

    Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

    Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

    Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

    Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

    Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

    Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

    Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

    Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

    Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

    Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

    Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

    Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

    Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

    Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

    Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

    Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

    Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

    Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

    DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

    Sumber: ARKIB Utusan Online : 10/10/2009