Archive for the ‘ Perancangan Kewangan ’ Category

SITUASI

Jangka masa simpanan = 12 bulan
Jumlah pinjaman (ar-rahnu) = 70%
Upah simpan = RM 0.60/RM100
Kenaikan harga emas = berdasarkan data sebenar harga Kijang Emas BNM
Anggaran dividen ASB/Unit Trust/Tabung Haji = 8%

JALAN CERITA

Saya guna simpanan ASB/Unit Trust/Tabung Haji untuk membeli 1 keping Kijang Emas pada 3/5/2010 dengan harga RM4009. (Rujuk harga Kijang Emas BNM)

Kemudian pajak di ar-rahnu dapat RM 2806 (70%xRM4009). Dengan upah simpan RM 288.65/tahun.

RM 2806 dari ar-rahnu tu saya simpan semula di ASB/Unit Trust/Tabung Haji.

Setelah genap setahun, saya menebus dan menjual semula Kijang Emas tadi.

PENGIRAAN KEUNTUNGAN

Harga emas semasa RM4858 (3/5/2011) (Rujuk harga Kijang Emas BNM)
Hasil jual balik emas RM4670  (spread 4%)
Untung kasar RM661 (RM4670-RM4009)
Tolak upah rm RM288.65

Keuntungan RM372.35 (RM661-RM288.65)
Tambah Dividen ASB/Unit Trust/Tabung Haji = RM224.48 (8%xRM2806)

Untung keseluruhan RM596.83

Berbanding RM320.72 (8%xRM4009) keuntungan jika RM4009 tadi terus disimpan di ASB/Unit Trust/Tabung Haji tanpa membeli emas terlebih dahulu.

Nota: Istilah susut nilai (spread) : Susutnilai juga dipanggil spread.

Tujuannya ialah supaya penjual emas dapat untung daripada perbezaan harga belian dan jualan.

HARGA SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). HARGA SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut.

Formula HARGA SPREAD adalah sebagaimana berikut:
HARGA SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
Peratusan HARGA SPREAD = (Jumlah HARGA SPREAD / Harga WE BUY) x 100

Alhamdulillah, pada 5-6hb November yang lepas saya telah selesai melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangan hidup saya yang tercinta.

Dan bermulalah tanggungjawab saya untuk menjaga isteri dan seterusnya keluarga sampai hujung nyawa…dan InsyaAllah ke syurga… :-) .

Sempurna sudah satu perancangan dalam hidup saya. Maka, selepas ini akan bermulalah satu perancangan baru di dalam hidup saya iaitu perancangan untuk pendidikan anak-anak nanti. InsyaAllah, jika diberikan rezeki oleh Allah s.w.t, mudah-mudahan kami dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Banyak belanja yang akan dikeluarkan untuk kahwin. Tetapi tahap perbelanjaan biasanya bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin. Tidak kurang juga yang berkongsi majlis resepsi. Jika tidak cukup duit nak kahwin, ada juga yang mengambil pinjaman. Tapi fikirkan dulu kemampuan untuk membayar di hari kelak kerana tanggungan anda akan bertambah, lebih-lebih lagi jika mendapat cahaya mata awal. Walau apa pun cara anda, jangan sesekali meminjam dari “Along”. Padah jangan diundang! Cuba bincangkan masalah anda dengan keluarga. Mungkin mereka boleh membantu.

Jika tidak mahu ambil pinjaman,anda bolehlah mula merancang kewangan bermula dari sekarang!

p/s: Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan khidmat perancangan kewangan atau nasihat tentang dana-dana Islamik Unit Amanah Public Mutual di talian 017-9036576 / 016-9216576.

Rancang persaraan ketika muda

SAAT persaraan sememangnya ditunggu setiap pekerja. Malah sudah banyak yang direncanakan untuk waktu berkenaan seperti bercuti, menunaikan ibadat haji atau melakukan hobi yang sebelum ini terpaksa dipendam dan ditunda dek kekangan masa serta kesibukan tugas.

Namun, ramai yang lupa perancangan kewangan selepas bersara kerana beranggapan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mencukupi.
Apakah benar persepsi sedemikian?

Hakikatnya, ia tidak sebegitu terutama bagi mereka yang bekerja sendiri atau tidak berpendapatan tetap. Justeru, persaraan yang dilalui tanpa persediaan sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada yang terpaksa bergantung harap kepada anak dewasa.

Berdasarkan senario sedemikian, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menawarkan beberapa saranan seperti yang dimuatkan dalam buku panduannya. ACCA menyifatkan amat penting bagi seseorang itu merancang persaraan seandainya mahu hidup selesa dan teguh kewangan apabila tiba usia emas.

Ada beberapa langkah mudah perancangan persaraan yang boleh dilakukan sendiri seperti menentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan, jumlah harta atau wang dimiliki sekarang serta apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

Semua persoalan berkenaan memerlukan pemikiran dan perancangan bersungguh-sungguh kerana jumlah wang diperlukan ketika persaraan mempunyai hubung kait dengan gaya hidup yang diinginkan.

Misalnya, andai kata, anda merancang untuk berpindah ke sebuah rumah yang lebih kecil di sebuah kawasan pinggir bandar, justeru kos hidup mungkin lebih rendah berbanding tinggal di sebuah rumah besar di kawasan bandar. Sebelum memenuhi sebarang hajat, anda harus lihat dan teliti perbelanjaan semasa serta menganggarkan bagaimana ia mungkin berubah ketika persaraan kelak.

Umpamanya, anda boleh mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan hiburan, tetapi anda mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan kerana kemungkinan jatuh sakit meningkat selaras pertambahan usia. Secara alternatif, anda boleh membuat andaian bahawa anda hanya memerlukan 70 peratus hingga 80 peratus daripada perbelanjaan semasa sewaktu persaraan. Jadi, jika anda bersara pada usia 56, anda memerlukan simpanan sekurang-kurangnya tempoh 24 tahun berdasarkan faktor jangka hayat penduduk negara ini.

Ancaman paling besar memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan adalah inflasi. Anda mungkin tidak memberi tumpuan terhadap inflasi ketika anda bekerja kerana pendapatan anda cenderung meningkat seiring dengannya. Bagaimanapun, apabila berhenti bekerja, pendapatan anda lebih kurang tetap dan ini membuatkan inflasi muncul sebagai masalah besar.

Apabila sudah mengetahui inflasi boleh menjejaskan pendapatan ketika persaraan, maka langkah seterusnya yang boleh di ambil untuk memastikan jumlah dana yang boleh bertahan sehingga 24 tahun. Andaikan bahawa purata kadar pulangan ke atas pelaburan untuk 25 tahun akan datang ialah lapan peratus dan memandangkan kadar inflasi ialah lima peratus, maka kadar sebenar pulangan ke atas pelaburan ialah tiga peratus.

Mencari jawapan ini agak rumit kerana anda perlu tahu nilai setiap pelaburan masa depan, termasuk KWSP, nilai tunai insurans, pelaburan syarikat yang melabur dan membayar dividen dan hartanah. Bagi rancangan persaraan, anda dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti unit, bon dan dana unit amanah memandangkan pelaburan jenis ini menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding bentuk pelaburan lain umpamanya faedah daripada akaun simpanan atau deposit tetap.

Unit amanah adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudian dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko. Melalui kepelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

Nyata sekali, anda perlu memikirkan satu perancangan kewangan yang lengkap untuk persaraan anda dengan mengambil kira aset, hutang, perbelanjaan, tabungan, matlamat kewangan anda.

Andai buntu, dapatkan bantuan perancang kewangan yang berkelayakan. Kesimpulannya, lagi awal perancang persaraan dibuat maka lagi cerah masa depan persaraan anda.

INFO: Tip perancangan persaraan

Pertimbang persoalan penting seperti:

  • Tentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan.
  • Jumlah harta atau wang dimiliki sekarang.
  • Apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

Perancangan persaraan:

  • Dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti unit, bon dan dana amanah yang hasilkan pulangan berbanding bentuk pelaburan lain seperti faedah akaun simpanan atau deposit tetap.
  • Pelaburan unit memberikan anda status pemilik dalam sesebuah syarikat yang dilabur. Jika syarikat itu berjaya, anda seharusnya boleh menjana wang dengan menjual balik unit itu. Anda juga mungkin boleh meraih keuntungan daripada dividen yang dikeluarkan oleh syarikat itu secara tetap.
  • Bon pula sebenarnya pinjaman perniagaan dan kerajaan yang dipegang untuk sesuatu masa. Lazimnya ia lebih selamat untuk melabur dalam bon dan sesetengahnya disokong oleh kerajaan.
  • Dana Unit Amanah adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudian dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko. Melalui kepelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

SEBAIK mendengar perkataan unit amanah, pasti terbayang habuan ribuan ringgit yang boleh dimanfaatkan. Namun hakikatnya, dana unit amanah lebih daripada itu kerana selain pelaburan jangka pendek dan panjang, ada yang turut menyifatkannya simpanan masa depan.

Mengimbau sejarah dana unit amanah di negara ini, industri unit amanah bertapak di negara ini sejak 1959 lagi apabila pelabur Inggeris di Singapura menubuhkan Malayan Unit Trust Limited dan diikuti pelancaran dana unit amanah pertama di Malaysia, ‘Fisrt Malayan Fund’. Pada 1966, Asia Unit Trust Berhad pula ditubuhkan (Melancarkan Unit Amanah Malaysia sepenuhnya – ‘Malaysian Investment Fund’) diikuti dengan penubuhan Amanah Saham Mara Berhad sebagai syarikat amanah saham pertama yang dimiliki Bumiputera dan ditubuhkan untuk Bumiputera dalam tahun 1967. Pada April 1968, dana unit amanah pertama untuk pelabur Bumiputera yang dikenali sebagai ‘First MARA Bumiputra Investment Fund,’ dilancarkan Amanah Saham Mara Berhad.

Pada tahun 1975, Kuala Lumpur Mutual Fund (sekarang Public Mutual Berhad) telah ditubuhkan.

Kemudian pada 1976, Amanah Saham Pahang Berhad ditubuhkan sebagai syarikat amanah unit negeri yang pertama dan pada 1981, Amanah unit Nasional (ASN) dilancarkan sebagai instrumen pasaran modal bagi meningkatkan taraf hidup dan penyertaan atau pemilikan ekuiti Bumiputera.

ASN dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputera (ASB) membuka lembaran baru di dalam industri unit amanah di Malaysia. Masyarakat mula memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kebaikan melabur di dalam unit amanah.

Bermula dari 1983, banyak institusi kewangan melancarkan produk unit amanah mereka dan industri ini terus berkembang dengan pesatnya selaras permintaan semasa orang ramai yang kian menyedari kepentingan pelaburan demi jaminan masa depan.
Apabila Garis Panduan Saham Amanah diperkenalkan dan berkuat kuasa Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 serta penubuhan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) sebagai badan-badan pengawas industri unit amanah pada 1990-an, maka industri unit amanah terus bertapak kukuh di negara ini.

Dengan perkembangan sihat ini, pengetahuan masyarakat dalam pelaburan amanah unit turut juga berkembang dan kaedah pelaburan ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Masyarakat pelabur kini sudah semakin bijak menilai jenis pelaburan yang sesuai untuk mereka, lebih-lebih lagi pihak kerajaan amat menggalakkannya supaya lebih banyak dana unit amanah dibentuk. Pada masa sama, lebih banyak pilihan pelaburan ditawarkan kepada masyarakat selain melabur terus ke dalam pasaran saham.

Namun, pelaburan unit amanah ini ada kelebihannya tersendiri jika dibandingkan dengan melabur terus ke dalam pasaran saham. Ia secara tidak langsung berkaitan pelaburan berisiko rendah dan cara yang selamat bagi mereka yang merancang untuk melabur dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.

Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah? Unit Amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Ini disebabkan unit amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran unit (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan unit amanah ini tidak berisiko langsung!

Unit Amanah bukanlah skim cepat kaya (seperti diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan sah dari segi undang-undang. Malah perunding unit amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal individu ataupun syarikat dan dilaburkan pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain.

Unit amanah ini berbeza dengan pelaburan pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam unit amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis unit amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal (capital gain), pengagihan (dividen) dan juga bonus.

Kelebihan unit amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

p/s :Untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 017-9036576

Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda.

Hubungi saya sekarang.

Di Mana Tahap Kewangan Anda?

Salam sejahtera,

Saya ada satu soalan khas untuk anda. Bagaimana dan dimana tahap kewangan anda sekarang? dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?

Disini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan.
Anda boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.

1. Kewangan Yang Tidak Selamat
Anda tidak mempunyai simpanan, jika ada pun hanya cukup untuk menyara hidup anda selama sebulan sahaja. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang, makan petang.

2. Kewangan Yang Selamat
Anda mempunyai simpanan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak bekerja. Tempoh 6 bulan ini merupakan jangka waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan baru atau membuka perniagaan.

3. Financial Freedom – Kebebasan Kewangan
Anda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.

4. Tahap Selesa – Kaya
Mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis!

Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda?

Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu “Financial Freedom”.

Semoga berjaya…

Salam sejahtera,

Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing.

Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri.
Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan anda… manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan anda..

  1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.
  2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam.
    Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!
  3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.
  4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.
  5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.
  6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja!
  7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.

Bagaimana saudara/saudari? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?

Renung-renungkanlah…

Sekian, jumpa lagi pada entri akan datang :-)