Archive for the ‘ Siaran Media ’ Category

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita telah di panjangkan usia dan diperkenankan olehNya untuk menimba satu lagi ilmu pengetahuan yang baru dalam mendekatkan diri kita denganNya.

Di dalam saya membuat kajian tentang kelebihan emas dan perak, terdetik di dalam diri saya, apa jua yang berlaku di dalam kehidupan manusia baik dari segi hukum agama serta muamalah semestinya telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis.

Salah satu mukjizat Rasulullah SAW adalah Al-Quran

Mungkin di antara kita masih tertanya-tanya adakah wujud wang atau instrumen perantaraan di zaman moden ini yang langsung tidak terpengaruh dengan inflasi.

Jawapannya: “Ada! Iaitu wang yang mempunyai nilai instrinsiknya yang sama nilai dengan nominal iaitu dalam bentuk emas dan perak ataupun disebut dinar dan dirham.”

Kemudian mungkin di antara anda bertanya lagi, wujudkah perkara ini terjadi sepanjang kehidupan manusia di muka bumi ini? Benarkah emas dan perak kalis inflasi atau kuasa belinya stabil sepanjang zaman?”

Untuk menjawab perkara ini saya akan jelaskan sebaik yang mungkin. Insya Allah..

Saya telah teringat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam ceramah agama di masjid iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.

Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.

Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut.
Hal ini sudah tentu bukan kebetulan semata-mata, tetapi kerana kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah lain di dalam al-Quran bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah atau guide) didalamnya.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.

Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.

Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.

Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.

(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.

Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,

“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”

“Aphesus,” sahut penjual roti itu.

“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.

“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”

Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”

Imam Ali menerangkan:

“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda)

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa wang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!”

“Aku tidak menjumpai harta karun,” jawab Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu hasil dari hasil penjualan buah kurma berharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah berhala Diqyanius!”

Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa wangmu itu kepadaku?

Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?”

Dan seterusnya…. (Boleh dibaca di sini: Saidina Ali menceritakan Ashabul Kahfi)

Versi dari Al Quran

Firman Allah dalam Al-Quran:

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Ayat tersebut di atas menerangkan bahawa mereka meminta salah seorang rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (dirham).

Kalau kita mengandaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja, maka nilai pertukarannya ke nilai Ringgit Malaysia (RM) sekarang akan sekitar RM90.00. (sumber World Islamic Mint)

Dengan wang perak yang sama sekarang (1 Dirham sekarang sekitar RM30.00) kita dapat membeli makanan untuk beberapa orang. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, kuasa beli wang perak secara relatifnya adalah sama.

Cuba bandingkan pada akhir tahun 70-an, dengan duit bekal RM0.50 sudah mencukupi sebagai bekalan untuk membeli nasi lemak serta air bungkus. Apakah sekarang ada lagi ke ibu bapa yang memberi nilai wang RM0.50 kepada anak-anak mereka?

Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Jadi hanya dalam tempoh kurang dari 30 tahun saja, nilai wang kertas kita sudah amat sangat jauh perbezaan nilai atau kemampuan kuasa belinya.

Begitu juga dengan soal muamalah yang melibatkan wang dinar dan wang perak. Saya berkesempatan berkongsi pendapat dengan rakan niaga dari Brunei Darrussalam tentang penemuan menakjubkan baru-baru ini.

Dari perbualan itu juga kami baru sedar tentang konsep pinjam wang Islam. Bagaimana kalau kita berhutang 1 dinar, kalau nak bayar balik nanti hendaklah berjumlah 1 dinar juga. Tidak lebih atau tidak kurang kalau tidak ianya adalah Riba.

Mengapa dibayar 1 dinar juga mengapa bukan 1.5 dinar? Jawapannya adalah nilai dinar adalah stabil tidak berkurangan seperti wang kertas.

Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

(riwayat al‐Bukhari, no 3642).

1 Dinar keluaran Goldcrest Pavilion (GCP)

Okie.. fast forward.. ke tahun 2011. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)

Jawapannya.. ya, boleh!

Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.

Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.

Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)

Daripada google search, saya mendapati ada satu syarikat iaitu Green Acres Farm Sdn Bhd di Dengkil, Selangor.

Mereka merupakan pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan.

Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail.

Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.

En. Abdullah bin Ismail, pemilik Green Acres Farm Sdn. Bhd.

Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham.

1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati :)

Kambing ini harganya 1 dinar sahaja.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing.

Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.

Harga anak kambing ini adalah 2 ekor = 1 dinar sahaja

Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar.

En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.

Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.

 

Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

(sumber jutawanemas.com)

Begitulah sedikit sebanyak penemuan menarik yang saya jumpa. Subhanallah! Keajaiban Al-Quran.. Selama ini para saintis juga telah menemui keajaiban Al-Quran dengan bukti air laut bertemu air tawar, bukti planet mengelilingi matahari dan sebagainya.

Alhamdulillah melalui berniaga emas juga saya dapat menyampaikan dakwah tentang kebenaran Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W semoga ilmu ini menjadi manfaat buat semua.

Fakta Dinar & Dirham

  • A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.
  • Zero inflation in 1,400 years
  • Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.
  • Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.”  (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

 

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Anak Syarikat Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini berjaya merangkul anugerah ‘Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik’ dalam majlis Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper 2011.

Public Mutual juga dinobatkan sebagai pemenang terbesar pada majlis berkenaan dengan menggondol sembilan daripada 32 anugerah yang dipertandingkan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, Public Mutual berjaya mengekalkan status dominan dengan mengekalkan rekod pemenang terbesar untuk lapan tahun berturut-turut dalam anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau berbangga dengan pencapaian yang cemerlang tersebut walaupun berhadapan dengan pasaran meruap pada tahun lalu.

”Anugerah ini merupakan bukti jitu dan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan pemegang-pemegang unit kami.

”Setakat ini, Public Mutual sudah menerima 169 anugerah dalam industri ini dan mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat,” kata beliau.

Antara anugerah terbaik yang dimenangi Public Mutual adalah, Kumpulan Dana Keseluruhan, Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana, Ekuiti Asia Pasifik, Ekuiti Asia Pasifik tidak termasuk Jepun dan Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana.

Selain itu Public Mutual turut memenangi anugerah terbaik bagi kategori Bon RM-Islam , Bon RM 10 tahun, Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana 10 tahun dan Ekuiti Malaysia – Islam 10 tahun.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan mengurus sebanyak 84 dana.

Syarikat itu juga mempunyai seramai lebih 2,380,000 pemegang akaun dan pada 31 Januari 2011 dengan jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan sebanyak RM40.93 bilion.

Sumber: Utusan Malaysia

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk enam daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 30 November 2010:

Dana-dana /  Pengagihan Kasar / Unit

Public Dana Select Alpha-30 / 2.50 sen seunit

Public Dana Natural Resources Equity / 1.50 sen seunit

Public Dana Far-East Dividend / 0.50 sen seunit

Public Dana Islamic Balanced / 1.00 sen seunit

Public Dana Islamic Sector Select / 1.00 sen seunit

Public Dana Islamic Asia Leaders Equity / 0.75 sen seunit

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 22 November 2010, Public Dana Select Alpha-30 dan Public Dana Natural Resources Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 15.81% dan 12.10% masing-masing bagi tempoh berakhir 12 November 2010. Pada masa yang sama, Public Dana Far-East Dividend merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 6.97%. Sementara itu, kedua-dua Public Dana Islamic Balanced dan Public Dana Islamic Sector Select, yang terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP, juga telah merekodkan pulangan satu tahun sebanyak dua-digit, iaitu 11.08% dan 32.73% masing-masing bagi tempoh berakhir 12 November 2010. Public Dana Islamic Asia Leaders Equity, yang dilancarkan pada Januari tahun ini, telah menghasilkan pulangan enam bulan sebanyak 9.67% bagi tempoh berakhir 12 November 2010. Kesemua dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 82 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 29 Oktober 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM40.2 bilion.

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan dua dana baru, Public Dana Islamic Alpha-40 Growth (PIA40GF) dan Public Dana Islamic Infrastructure Bond (PIINFBF) pada 16 November 2010.

PIA40GF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam maksimum 40 saham mewah, saham indeks dan saham bertumbuh patuh Syariah terpilih yang tersenarai terutamanya pada Bursa Sekuriti dan pasaran-pasaran serantau.

PIINFBF pula adalah sebuah dana bon Islam yang menyediakan pendapatan tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sukuk bagi syarikat-syarikat sektor infrastruktur.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “PIA40GF mengguna pakai strategi pelaburan yang lebih bertumpu dan boleh mencapai potensi pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa sederhana hingga panjang di mana dana ini melabur dalam sebuah portfolio saham bertumpu yang mengandungi tidak lebih daripada 40 saham.” Beliau menambah bahawa 88% daripada sekuriti-sekuriti yang kini tersenarai pada bursa tempatan adalah berlandaskan Syariah. Ini mewakili lebih kurang dua pertiga daripada pemodalan pasaran Bursa Malaysia. Pelabur-pelabur yang ingin melabur dalam sekuriti patuh Syariah akan mempunyai pilihan saham-saham patuh Syariah yang meluas yang merangkumi pelbagai industri dan sektor dengan melabur melalui PIA40GF.

Pendedahan ekuiti PIA40GF adalah di antara 75% hingga 98% daripada nilai aset bersih (NAB) dana. Bagi mencapai peningkatan kepelbagaian, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terplilih, ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina dan pasaran-pasaran lain.
PIA40GF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur yang ingin mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka panjang sebuah portfolio yang bertumpu dalam maksimum 40 saham patuh Syariah.

Sementara itu, PIINFBF pula memberi pelabur peluang memasuki pasaran sukuk, yang lazimnya tidak terbuka kepada pelabur-pelabur biasa di mana ia merupakan pasaran bagi institusi-institusi dengan lot urusniaga standard berjumlah RM5 juta. Sukuk yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat sektor infrastruktur biasanya disokong oleh aliran tunai yang boleh diramal dan aliran pendapatan yang stabil di sepanjang tempoh konsesi penerbit berkenaan. Yeoh berkata syarikat-syarikat infrastruktur yang PIINFBF mungkin melabur termasuk konsesi loji tenaga, pembekal perkhidmatan telekomunikasi, konsesi jalan raya bertol dan operator pelabuhan.

Menurut Yeoh, PIINFBF melabur sehingga 98% daripada NABnya dalam sebuah portfolio sukuk bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor infrastruktur dan baki asetnya dalam instrumen pasaran wang Islam. Untuk mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 25% daripada NAB dana dalam sukuk luar negara, termasuk Singapura, United Kingdom, Jepun, Australia, Hong Kong dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan. PIINFBF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur yang ingin memperolehi pendapatan tahunan yang stabil dengan wang pokok yang agak selamat dengan menyertai sukuk yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat dalam sektor infrastruktur.

Harga terbitan permulaan PIA40GF dan PIINFBF ialah sebanyak RM0.2500 seunit dan RM1.00 seunit masing-masing di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 16 November hingga 6 Disember 2010. Pelaburan permulaan minimum bagi kedua-dua dana ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.
Di sepanjang tempoh tawaran tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PIA40GF oleh para pelabur. Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PIA40GF dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 82 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 29 Oktober 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM40.2 bilion.

p/s: Hubungi saya sekarang untuk melabur di dalam dana-dana Islamik Unit Amanah Public Mutual di talian 017-9036576 / 016-9216576.

Monday 02/08/2010

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2010- Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Berjumlah Lebih RM184 Juta Untuk Lapan Daripada Dana-dananya. Syarikat Itu Juga Mengumumkan Pecahan Unit Untuk Dua Daripada Dana Tersebut. Pengagihan Kasar Dan Pecahan Unit Yang Diumumkan Untuk Dana-dana Berikut Adalah Bagi Tahun Kewangan Berakhir Pada 31 Julai 2010:

Dana/ Pecahan Unit/ Pengagihan Kasar (sen seunit)
Public Dana Growth/-/ 5.00
Public Dana Islamic Opportunities /-/2.50
Public Dana Islamic Select Enterprises/-/1.25
Public Dana Far-East Property & Resorts/-/0.50
Public Dana Bond - 5.00
Public Dana Islamic Select Bond/1:50/5.00
Public Dana Islamic Income/1:25/3.50
PBB Dana MTN 1/-/ 2.00

Berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 26 Julai 2010, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.10% dan 28.35% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Islamic Opportunities merupakan sebuah dana ekuiti Islam bermodal kecil yang memenangi anugerah, iaitu Anugerah Dana Islam Failaka 2009 bagi Dana Malaysia Terbaik, kategori 3 tahun.

Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises yang terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 13.57% bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Far-East Property & Resorts yang berfokus pelaburannya pada saham-saham hartanah, hotel dan tempat peranginan, serta amanah pelaburan hartanah (REITs) telah mengenerasikan pulangan satu tahun sebanyak 6.72%, satu prestasi yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya pada 1.38% bagi tempoh berakhir yang sama.

Bagi dana-dana bon pula, Public Dana Bond, Public Dana Islamic Select Bond dan Public Dana Islamic Income mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 7.67%, 6.18% dan 4.90% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Bond juga merupakan sebuah dana yang memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 24 anugerah sehingga kini, sementara Public Dana Islamic Income pula adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

PBB Dana MTN 1 merupakan sebuah dana borong bon tertutup. Dana tersebut yang dilancarkan pada bulan November tahun lepas bertujuan untuk memberi aliran pulangan pendapatan yang stabil dengan melabur dalam MTN subordinat yang diterbitkan oleh Public Bank Berhad.

Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PBB Dana MTN 1 yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 Jun 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM36.5 bilion.

Sumber: Public Mutual Berhad