Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamu’alaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung dan pelabur yang dihormati,

Ketika masih di bulan Syawal, saya harap tidak kelewatan buat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam terutama sekali kepada pengunjung JomLabur.com.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan  kesulitan yang telah berlaku sepanjang perkhidmatan saya, sama ada secara sedar atau pun tidak.

Segala sokongan yang anda telah berikan amatlah dihargai dan saya berharap anda semua dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan tahun ini.

Salam Aidilfitri buat anda sekeluarga.

Maaf zahir dan batin.

Ikhlas dari JomLabur.com

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Yeah…esok Merdeka!!!
Sedar tak sedar dah 53 tahun Malaysia merdeka…Alhamdulillah bila flashback ke belakang, kita tengok betapa hebatnya pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita waktu dahulu yang berjuang demi kemerdekaan negara tanpa ada pertumpahan darah.

Macamana sambutan merdeka kali ni ye? Di TV takde pulak konsert-konsert seperti tahun-tahun sudah. Baguslah kalau begitu sebab bulan yang mulia lagi berkat (Ramadan) patut dihormati.

Saya harapkan akan ada kemajuan dan pembaikan dalam ekonomi dan sosial negara dan untuk semua rakyat Malaysia amnya dan semua pelabur JomLabur.com khasnya, jom kita ramai-ramai berdoa supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman makmur serta sejahtera selalu hendaknya…

dan tidak lupa juga saya ucapkan selamat bercuti esok :-)

Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua pembaca JomLabur.com,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua pelabur yang beragama Islam moga peluang menikmati Ramadhan kali ini akan menjadi lebih lebih baik dan sempurna.

Semoga Ramadhan kali ini juga membawa seribu erti dalam kehidupan saya dan anda semua.

Gunakanlah Ramadhan sebaiknya, sebarkanlah mesej positif, suburkanlah kasih sayang dan nikmatilah dengan penuh kesyukuran.

Sekian dulu dari saya, salah silap mohon diampunkan, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N bermaksud: NAME.

anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N - NAME
  • OOVER PROMISE
  • S - SEARCH
  • C - CONTACT
  • A - ASK
  • MMAKE SURE!

Sumber: Blog Irfan Khairi

Mangsa pinjam labur skim cepat kaya: Cuepacs

Oleh Kamarulzaidi Kamis dan S Anand Kumar

2010/05/26

KUALA LUMPUR: Cuepacs mendakwa lebih 50,000 kakitangan awam yang melabur dalam skim cepat kaya sejak beberapa tahun lalu kini bukan saja terpaksa menanggung kerugian besar, malah ada yang mengalami tekanan hidup akibat berhutang.

Ada segelintir kakitangan awam yang membuat pinjaman peribadi untuk tujuan pelaburan tetapi sukar membayar balik ansuran pinjaman. Lebih membimbangkan Cuepacs mendapat aduan ketua jabatan ada kakitangan awam kerap tidak hadir tugas kerana terpaksa membuat kerja sampingan sehingga lewat malam.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya mendapat maklumat, ramai anggota sektor awam yang membuat pinjaman peribadi RM10,000 hingga RM30,000 dengan membuat pembayaran melalui potongan gaji.

“Sebilangan besar mereka memilih potongan gaji sehingga RM600 kononnya boleh menghabiskan tempoh pinjaman dalam tempoh singkat kerana mendapat keuntungan lumayan hasil pelaburan mereka dalam skim berkenaan.

“Mereka merasai keuntungan untuk tempoh setahun. Selepas itu, banyak menghadapi masalah apabila syarikat yang mereka labur mula lenyap atau memberhentikan operasi selepas diserbu pihak berkuasa. Ada antara kakitangan awam yang membuat pinjaman peribadi itu mempunyai tanggungan keluarga besar. Apabila pelaburan rugi besar, mereka hilang pendapatan tambahan,” katanya kepada Berita Harian.

Berita Harian difahamkan kerajaan juga sudah mengeluarkan pekeliling kepada semua kakitangan awam supaya berhati-hati dan tidak menyertai skim cepat kaya atau pelaburan tidak sah dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata bank pusat itu memandang serius mengenai perkara itu kerana sejak Januari tahun lalu, lapan kertas siasatan terhadap syarikat yang disyaki dibuka, membabitkan 150,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM300 juta.
Berdasarkan statistik dari 2003 hingga 2008, Bank Negara sudah menyiasat 23 buah syarikat skim cepat kaya membabitkan jumlah pelabur melebihi 400,000, membabitkan kutipan melebihi RM1.5 bilion.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/50_000penjawatawamkenatipu/Article