Archive for the ‘ Unit Trust Info ’ Category

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia termasuklah kita kini semakin sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak. Tentunya kalau hendak melabur dengan menggunakan wang simpanan tunai, pasti ramai yang tak berkemampuan. Mana tidaknya, wang gaji yang diterima setiap bulan hanya cukup-cukup untuk membiayai kos sara hidup.

Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk Unit Amanah (Unit Trust), anda sebenarnya mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.

Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun sahaja

(Sumber: NSTP, 27/12/2008)

Manfaat-Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah

  • Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai ; Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
  • Kepelbagaian ; Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pertumbuhan Modal ; Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupakan sebahagian pulangan wang pelaburan untuk meningkatkan simpanan KWSP anda (contoh: beli RM0.20 seunit VS jual RM0.40 seunit = pertumbuhan modal RM0.20 seunit)

Mula Tingkatkan Simpanan KWSP Anda Dengan Public Mutual. MENGAPA?

Pemimpin Industri

  • Public Mutual merupakan pemimpin dalam industri Unit Amanah Swasta di Malaysia dan menguasai 43.2% bahagian pasaran. Ini bermakna, setiap 100 orang pelabur, 43 orang pelabur akan melabur dengan Public Mutual.
  • Kekal No. 1 dalam industri unit amanah swatsa dengan menguruskan lebih 70 dana dengan aset bersih berjumlah RM37.8 billion daripada 2,320,000 pemegang akaun.
  • Anak syarikat milik penuh Public Bank dengan mempunyai rekod keuntungan yang tinggi.

Trek Rekod Yang Unggul Dalam Memenangi Anugerah

  • Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu sebanyak 159 anugerah industri sejak 1999.

Pengalaman Yang luas

  • Mempunyai 35 tahun penagalaman dalam pengurusan dana.

Sebagai Muslim, saya nasihatkan agar anda melabur dalam dana-dana yang berlandaskan Syariah. Ini kerana duit keuntungan daripada aktiviti pelaburan akan kita gunakan di waktu persaraan kita.

Sekiranya anda masih belum membuat pelaburan dalam unit amanah Public Mutual, anda bolehlah mulakannya sekarang. Adakah anda hanya mahu menjadi pemerhati sahaja dimana pada waktu yang sama, ramai rakan-rakan kita sedang bertungkus lumus menambahkan duit simpanan persaraan KWSP mereka.

p/s: Hubungi saya sekarang untuk melabur di dalam dana-dana Islamik Unit Amanah Public Mutual di talian 017-9036576 / 016-9216576.

SEBAIK mendengar perkataan unit amanah, pasti terbayang habuan ribuan ringgit yang boleh dimanfaatkan. Namun hakikatnya, dana unit amanah lebih daripada itu kerana selain pelaburan jangka pendek dan panjang, ada yang turut menyifatkannya simpanan masa depan.

Mengimbau sejarah dana unit amanah di negara ini, industri unit amanah bertapak di negara ini sejak 1959 lagi apabila pelabur Inggeris di Singapura menubuhkan Malayan Unit Trust Limited dan diikuti pelancaran dana unit amanah pertama di Malaysia, ‘Fisrt Malayan Fund’. Pada 1966, Asia Unit Trust Berhad pula ditubuhkan (Melancarkan Unit Amanah Malaysia sepenuhnya – ‘Malaysian Investment Fund’) diikuti dengan penubuhan Amanah Saham Mara Berhad sebagai syarikat amanah saham pertama yang dimiliki Bumiputera dan ditubuhkan untuk Bumiputera dalam tahun 1967. Pada April 1968, dana unit amanah pertama untuk pelabur Bumiputera yang dikenali sebagai ‘First MARA Bumiputra Investment Fund,’ dilancarkan Amanah Saham Mara Berhad.

Pada tahun 1975, Kuala Lumpur Mutual Fund (sekarang Public Mutual Berhad) telah ditubuhkan.

Kemudian pada 1976, Amanah Saham Pahang Berhad ditubuhkan sebagai syarikat amanah unit negeri yang pertama dan pada 1981, Amanah unit Nasional (ASN) dilancarkan sebagai instrumen pasaran modal bagi meningkatkan taraf hidup dan penyertaan atau pemilikan ekuiti Bumiputera.

ASN dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputera (ASB) membuka lembaran baru di dalam industri unit amanah di Malaysia. Masyarakat mula memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kebaikan melabur di dalam unit amanah.

Bermula dari 1983, banyak institusi kewangan melancarkan produk unit amanah mereka dan industri ini terus berkembang dengan pesatnya selaras permintaan semasa orang ramai yang kian menyedari kepentingan pelaburan demi jaminan masa depan.
Apabila Garis Panduan Saham Amanah diperkenalkan dan berkuat kuasa Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 serta penubuhan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) sebagai badan-badan pengawas industri unit amanah pada 1990-an, maka industri unit amanah terus bertapak kukuh di negara ini.

Dengan perkembangan sihat ini, pengetahuan masyarakat dalam pelaburan amanah unit turut juga berkembang dan kaedah pelaburan ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Masyarakat pelabur kini sudah semakin bijak menilai jenis pelaburan yang sesuai untuk mereka, lebih-lebih lagi pihak kerajaan amat menggalakkannya supaya lebih banyak dana unit amanah dibentuk. Pada masa sama, lebih banyak pilihan pelaburan ditawarkan kepada masyarakat selain melabur terus ke dalam pasaran saham.

Namun, pelaburan unit amanah ini ada kelebihannya tersendiri jika dibandingkan dengan melabur terus ke dalam pasaran saham. Ia secara tidak langsung berkaitan pelaburan berisiko rendah dan cara yang selamat bagi mereka yang merancang untuk melabur dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.

Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah? Unit Amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Ini disebabkan unit amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran unit (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan unit amanah ini tidak berisiko langsung!

Unit Amanah bukanlah skim cepat kaya (seperti diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan sah dari segi undang-undang. Malah perunding unit amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal individu ataupun syarikat dan dilaburkan pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain.

Unit amanah ini berbeza dengan pelaburan pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam unit amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis unit amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal (capital gain), pengagihan (dividen) dan juga bonus.

Kelebihan unit amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

p/s :Untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 017-9036576

Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda.

Hubungi saya sekarang.

ASB vs Public Mutual

Terpanggil pula hari ini untuk membandingkan kedua-dua unit amanah yang terkenal di Malaysia. Saya menulis ini atas pendapat dan pandangan saya terhadap kedua-dua dana ini. Jika terdapat kesalahan atau kemusykilan, boleh kita bincang bersama. Lagipun saja saya hendak memberitahu orang ramai, terdapat alternatif lain untuk melabur di dalam unit amanah selain daripada ASB. Bagi saya unit amanah yang dikeluarkan Public Mutual memberi pulangan yang hebat jika dibandingkan dengan unit amanah yang lain. Ini bukan hendak memberi iklan yang free kepada Public Mutual, tetapi memang ternyata prestasi setiap dananya amat memberangsangkan. Berikut adalah perbandingan secara mudah antara kedua-dua unit amanah.

Amanah Saham Bumiputra
Public Mutual Berhad
Harga Harga tetap Harga berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
Jenis Pulangan Dividend income Dividend income dan Capital Gain
Jenis Pelaburan Pelaburan Konvensional. Ada yang mengatakan ianya bukan satu pelaburan syariah. Sila ikuti artikel di www.zaharuddin.net Terdapat dana yang dilaburkan 100% mengikut kehendak syariah dan terdapat juga dana yang dilaburkan mengikut kaedah kovensional.
Pengiraan Pulangan

(Cth. Jumlah pelaburan RM10,000)

Harga Seunit: RM 1

RM 10,000/ RM 1
= 10,000 unit

Dividen dan bonus 9%

10,000 x 0.09= RM 900

Capital gain = RM 0

Jumlah Pulangan = RM 900

Pulangan %

= 900/10000
= 9%

Harga Seunit : RM 0.85

RM 10,000/ RM 0.85
= 11,764 unit

Dividen 0.07 sen

11,764 x 0.07 = RM 823.53

Jika capital gain = 0.03 sen

Pulangan

= 11,764 unit x 0.03 sen
= RM 352.92

Jumlah Pulangan

= RM 823.53 + RM 352.92
= RM 1,176.45

Pulangan %

= 1,176.45/10000
= 11.76%

Unit Amanah Public Mutual

Tingkatkan Wang Anda Dengan Public Mutual

Kita semua mempunyai impian. Kebanyakan impian kita mungkin agak mahal. Namun demikian, impian anda boleh menjadi kenyataan melalui pelaburan-pelaburan yang betul. Unit Amanah adalah pilihan pelaburan yang sesuai untuk membantu anda dalam jangka panjang. Semakin awal anda mula melabur, semakin tinggi potensi pulangan anda.

Pelaburan yang bijak boleh menjadikan anda sangat kaya sekiranya anda tidak tergesa-gesa.
~ Warren Buffett ~

Apakah itu Unit Amanah?

Satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang bersama-sama bagi dilabur oleh pengurus dana profesional dalam satu portfolio sekuriti.

Terdapat juga dana-dana “Unit Amanah patuh Syariah” diurus berlandaskan kehendak Syariah. Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi & pelaburan dana-dana tersebut adalah mengikut kehendak Syariah.

Manfaat melabur dalam Unit Amanah

  • Pengurusan Dana yang Profesional
    Unit Amanah diuruskan oleh para profesional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak.

  • Kepelbagaian Portfolio
    Unit Amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.
  • Pertumbuhan modal/aliran pendapatan
    Unit Amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.
  • Kecairan
    Unit Amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari.
  • Kemudahan & Kemampuan
    Anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM1,000 dan dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.
  • Pendedahan Pelaburan
    Unit Amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara yang berlainan.
  • Jaminan Pengawalan
    Unit Amanah adalah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.
  • Manfaat Pulangan Berganda
    Unit Amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. Elemen penting dalam pulangan berganda ialah MASA – semakin lama tempoh masa, semakin besar pertumbuhannya.

Manfaat Memulakan Pelaburan Awal dan Kos Penangguhan Tindakan

Menyimpan sejumlah wang yang besar bagi perancangan persaraan anda atau pendidikan anak merupakan satu tugas yang amat mencabar tetapi dengan masa dan kuasa faedah berganda, anda akan terkagum dengan betapa cepatnya peningkatan jumlah dana anda jikalau anda membuat pelaburan secara tetap.

Contohnya:

Anda boleh mencapai wang simpanan RM1 juta dengan melabur RM220 setiap bulan dalam satu dana pelaburan selama 40 tahun*

Oleh itu, memulakan pelaburan awal mempunyai manfaat sementara penangguhan tindakan akan meningkatkan kos anda.

Contohnya:

Jika anda mula melabur 10 tahun lebih awal (tempoh masa 50 tahun)

Anda hanya peru melabur RM90 setiap bulan dalam satu dana pelaburan bagi mencapai wang simpanan RM1 juta*

Jika anda menangguhkan tindakan anda selama 10 tahun (tempoh masa 30 tahun)

Anda perlu melabur RM550 setiap bulan dalam satu dana pelaburan bagi mencapai wang simpanan RM1 juta*

*Andaikan kadar pulangan adalah 9% setahun. Angka ini merupakan satu andaian semata-mata dan tidak menunjukkan prestasi masa dahulu atau hadapan untuk mana-mana dana unit amanah.

Mula tingkatkan wang anda dengan Unit Trust !

Mengapa Public Mutual ?

Pemimpin Industri

  • Public Mutual merupakan pemimpin dalam industri unit amanah swasta di Malaysia dan menguasai 41% bahagian pasaran.
  • Dalam mengekalkan kedudukan No. 1 dalam industri, kami menguruskan lebih daripada 60 dana dengan nilai aset bersih berjumlah RM26.4 billion untuk lebih daripada 2,000,000 pemegang akaun.
  • Sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual disokong oleh sumber-sumber kaya Bank.

Trek rekod yang unggul dalam memenangi anugerah

  • Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu sebanyak 135 anugerah utama sejak 1999.

Pengalaman yang luas

  • Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 31 Mei 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM35.9 bilion.

Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda. Hubungilah kami sekarang.

Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Propektus Induk Untuk Dana Siri Public dan Prospektus Induk Untuk Dana Siri Public Berlandaskan Syariah yang bertarikh 30 April 2009 sebelum melabur. Prospektus-prospektus ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti yang tidak bertanggungjawab di atas kandungannya, dan pendaftaran ini juga bukanlah syor atau saranan Suruhanjaya untuk melabur.

Anda seharusnya mengetahui bayaran atau caj yang terlibat dalam membeli dan menjual unit amanah dan harga-harga unit amanah dan pengagihan yang dibayar jika ada, adalah tertakluk kepada naik turun pasaran. Sebagai peringatan, prestasi dana-dana dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. Permohonan untuk membeli unit mesti dilakukan dalam borang prospektus. Salinan kedua-dua prospektus tersebut boleh diperolehi daripada perunding unit amanah anda atau pejabat Public Mutual yang berhampiran.

‘Menabunglah untuk masa depan anda.’ Semua orang tahu ini tetapi masalahnya ramai menganggap remeh dan menangguhnya – aahh…esoklah, bulan depanlah, tahun depanlah, tak apalah tunggu umur 30, 40, akhirnya 55 tahun.

Mengharapkan duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen sahaja tidak cukup untuk menyara hidup yang semakin hari semakin tinggi perbelanjaannya. Pelaburan bijak harus dibuat untuk memastikan wang penat lelah dilaburkan pada tempat yang membolehkan wang itu berkesan memberi pulangan tinggi.

Antara cara digemari ialah melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Bagi mereka yang tidak berpeluang melabur dalam BSKL, unit amanah (Unit Trust) adalah cara paling sesuai untuk mendapatkan pulangan tinggi seperti bursa saham. Tetapi, kita haruslah faham mengenai unit amanah dahulu sebelum membelinya.

Sebenarnya unit amanah wujud sejak kurun ke-18 di kota London tetapi hanya terkenal di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 70-an. Di Malaysia, unit amanah pertama diperkenal pada 1959, iaitu First Malaysian Fund, ia dilancarkan Malaysian Unit Trust Ltd iaitu syarikat unit amanah yang pertama di Malaysia.

Selepas itu beberapa jenis unit amanah dilancarkan tetapi tidak mendapat sambutan hinggalah pada 1981, Amanah Saham Nasional (ASN) diperkenalkan kerajaan untuk menolong meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pelaburan. Sejak itu, unit amanah mula digemari kerana pulangannya memberangsangkan.Hingga 31 Mei 2010, ada 576 dana diurus 39 buah syarikat membabitkan 285.738 billion unit bernilai lebih kurang RM202.545 billion.

Public Mutual Berhad (Public Mutual) adalah syarikat unit amanah swasta terbesar dan merupakan pemimpin untuk industri dana-dana unit amanah di Malaysia. Sebagai syarikat No.1 dalam industri, Public Mutual menguruskan sebanyak lebih dari 70 dana dengan jumlah Nilai Aset Bersih(NAB) RM37 billion untuk lebih dari 2,320,000 pemegang akaun. Ditubuhkan pada Julai 1975, Public Mutual mula beroperasi pada tahun 1980 dengan pelancaran Public Dana Simpanan (Public Saving Fund) dan sekaligus menjadi peneraju industri serta menyediakan aliran yang terbaru dalam pembangunan dana inovatif.

Unit amanah dikhususkan untuk mereka yang bermodal terhad dan tidak ingin ketinggalan mendapat pulangan lumayan tetapi tidak mampu mengambil risiko tinggi dengan melabur terus dalam saham terbuka. Wang golongan ini dikumpul menjadi satu dana amat besar bernilai berbillion-billion ringgit. Kemudian dilaburkan dalam pelbagai sektor pelaburan seperti pasaran saham, sekuriti kerajaan, bon, simpanan tetap, hartanah dan pelaburan lain yang dibenarkan Suruhanjaya Sekuriti.

Unit amanah bukan untuk pelaburan jangka pendek seperti pasaran saham yang keuntungan diperolehi dalam masa sehari dua, seminggu ataupun sebulan. Ini kerana harganya ada pertalian dengan indeks komposit yang kerap turun dan naik. Unit amanah dicadangkan untuk jangka masa sederhana tiga hingga lima tahun atau jangka panjang lima hingga 20 tahun. Pada jangka panjang, dengan terkumpulnya bonus dan dividen setiap tahun, unit amanah terbukti memberi pulangan lebih baik daripada pasaran saham terbuka.

Lazimnya, wang ini hasil tabungan yang tidak akan dicuit kerana ia bermatlamat tertentu seperti simpanan hari tua atau untuk membeli rumah impian, melancong di luar negara atau kegunaan perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran. Apabila melabur dalam unit amanah, pejam mata dan biarkan wang itu berganda setiap tahun daripada bonus dan dividen.

Antara Kebaikan Unit Amanah

  1. Modal Minimum – Dengan serendah RM500 anda boleh menikmati pelbagai jenis pelaburan dan tambahan pelaburan pada bila-bila masa dengan serendah RM50.
  2. Pengurus Dana Berpengalaman – Wang anda diurus oleh pasukan pengurus dana yang arif, berpengalaman dan dibekali kepakaran menjalankan penyelidikan meluas dalam mencari peluang pelaburan. Lazimnya, kita tiada kepakaran dan masa untuk mengawasi dan mengurus secara giat pelaburan yang pelbagai. Serahkan segala kebimbangan itu kepada pengurus yang pakar agar anda boleh tidur malam dengan lena.
  3. Kepelbagaian – “Jangan letakkan semua telur di dalam satu raga.” Dalam pasaran unit amanah, andai anda mempunyai satu jenis dana, anda sebenarnya menikmati faedah lebih kurang 30100 jenis saham bernilai tinggi seperti Tenaga Nasional, Telekom, MAS, Petronas dan banyak lagi. Dengan satu syarikat pengurusan sahaja anda boleh mempelbagaikan jenis dana anda. Jika anda mempunyai tiga jenis dana, bermakna ada lebih 300 jenis saham! Jika 100 saham tidak menguntungkan, anda ada lagi 200 saham yang menguntungkan. Bukankah ini mengurangkan risiko dibandingkan orang perseorangan yang tidak berpeluang berbuat begitu?
  4. Kecairan – Jika anda ingin menjual rumah kerana memerlukan wang segera, anda terpaksa menunggu begitu lama untuk mencari pembeli dan proses jualannya. Anda tidak boleh menjual sebahagian rumah seperti bilik tidur atau ruang tamu sahaja. Kalau memegang saham, anda juga terpaksa mencari broker dan menunggu pembeli membeli saham anda. Unit amanah mempunyai syarikat pengurusan yang sentiasa bersedia membeli semua atau sebahagian sahaja unit ingin dijual.
  5. Mengatasi Kadar Inflasi – Anda harus sedar, RM10,000 sekarang berbeza dengan 10 tahun dahulu. Setiap tahun harga naik dan wang anda susut nilainya. Ahli ekonomi berkata kadar inflasi di antara 47 peratus pada dekad ini dan mungkin dekad mendatang. Yuran pengajian tinggi di luar negara pula meningkat dengan kadar lapan peratus setahun. Jika kadar inflasi enam peratus maka anda terpaksa menyimpan wang di tempat yang boleh memberikan pulangan lebih daripada enam peratus setahun. Itu pun tidaklah berapa elok. Sebaiknya anda mempunyai lebihan mengatasi kadar inflasi. Unit amanah di Malaysia menunjukkan purata pulangan 1215 peratus dengan pemberian dividen atau bonus. Jika dana anda itu jenis agresif, anda boleh mendapat keuntungan lebih daripada 15 peratus dengan kenaikan harga unit.

Tiada pelaburan yang tidak berisiko. Jika takut risiko dan menyimpan wang anda di rumah selama setahun, maka susutlah nilai wang anda dimakan inflasi. Jika anda mahukan risiko rendah, maka pulangannya juga rendah. Jika pulangannya teramat tinggi, maka lebih tinggilah lagi risikonya. Seelok-eloknya, biarlah yang sederhana risikonya tapi memadai pulangannya seperti unit amanah. Amalkan tabiat menabung dan melabur sejak muda kerana risikonya dapat dikurangkan pada jangka panjang.

Perancangan yang teliti menjamin kehidupan dan hari persaraan anda. Sebelum membuat keputusan melabur dalam sesuatu unit amanah, anda dinasihatkan membaca kandungan prospektus, meneliti dan memahami sesuatu dana itu dan prestasi syarikat pengurusan.

p/s : Jika anda berminat sekarang adalah masa terbaik untuk membuat pelaburan kerana kebanyakan harga pasaran saham unit amanah berada pada tahap rendah. Untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 017-9036576

Mangsa pinjam labur skim cepat kaya: Cuepacs

Oleh Kamarulzaidi Kamis dan S Anand Kumar

2010/05/26

KUALA LUMPUR: Cuepacs mendakwa lebih 50,000 kakitangan awam yang melabur dalam skim cepat kaya sejak beberapa tahun lalu kini bukan saja terpaksa menanggung kerugian besar, malah ada yang mengalami tekanan hidup akibat berhutang.

Ada segelintir kakitangan awam yang membuat pinjaman peribadi untuk tujuan pelaburan tetapi sukar membayar balik ansuran pinjaman. Lebih membimbangkan Cuepacs mendapat aduan ketua jabatan ada kakitangan awam kerap tidak hadir tugas kerana terpaksa membuat kerja sampingan sehingga lewat malam.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya mendapat maklumat, ramai anggota sektor awam yang membuat pinjaman peribadi RM10,000 hingga RM30,000 dengan membuat pembayaran melalui potongan gaji.

“Sebilangan besar mereka memilih potongan gaji sehingga RM600 kononnya boleh menghabiskan tempoh pinjaman dalam tempoh singkat kerana mendapat keuntungan lumayan hasil pelaburan mereka dalam skim berkenaan.

“Mereka merasai keuntungan untuk tempoh setahun. Selepas itu, banyak menghadapi masalah apabila syarikat yang mereka labur mula lenyap atau memberhentikan operasi selepas diserbu pihak berkuasa. Ada antara kakitangan awam yang membuat pinjaman peribadi itu mempunyai tanggungan keluarga besar. Apabila pelaburan rugi besar, mereka hilang pendapatan tambahan,” katanya kepada Berita Harian.

Berita Harian difahamkan kerajaan juga sudah mengeluarkan pekeliling kepada semua kakitangan awam supaya berhati-hati dan tidak menyertai skim cepat kaya atau pelaburan tidak sah dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata bank pusat itu memandang serius mengenai perkara itu kerana sejak Januari tahun lalu, lapan kertas siasatan terhadap syarikat yang disyaki dibuka, membabitkan 150,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM300 juta.
Berdasarkan statistik dari 2003 hingga 2008, Bank Negara sudah menyiasat 23 buah syarikat skim cepat kaya membabitkan jumlah pelabur melebihi 400,000, membabitkan kutipan melebihi RM1.5 bilion.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/50_000penjawatawamkenatipu/Article