FAQ
Jika anda baru melawat ke sini, sila subscribe RSS feed supaya anda tidak terlepas membaca post-post yang akan datang. Terima Kasih!
1. Apakah Pelaburan Unit Trust?
Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.
2. Berapakah jumlah minimum untuk memulakan pelaburan unit trust secara tunai?
Jumlah pelaburan minimum adalah sebanyak RM1000.
3. Adakah saya akan mendapat apa-apa kenyataan berkaitan dengan status pelaburan saya daripada syarikat pengurusan?
Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.
4.Bagaimana saya boleh membuat keuntungan daripada pelaburan Unit Trust?
Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada pengagihan (dividen), bonus dan peningkatan nilai modal (capital gain), yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.
Capital Gain: Contoh, masa beli harga NAB per unit RM0.30. Selepas sesuatu jangka masa, harga NAB per unit meningkat kepada RM0.40. Maknanya dekat situ, pelabur dah kaut keuntungan RM0.10 untuk setiap unit
Dividend: dividend biasanya akan diumumkan pada tahun berakhir kewangan untuk sesuatu dana. Maksudnya peratus keuntungan yang diperolehi dari pelaburan kita tersebut. cth, investment RM10k, tahun berakhir seterusnya, dividend declared 10%, jadi pelabur dah untung RM1000.
Bonus: bonus akan diberi dalam bentuk pertambahan unit. Contohnya, setiap pelabur diberi tambahan 1% unit mengikut nilai NAB yang terkumpul. Tetapi bonus tidak semestinya berlaku setiap tahun. Bergantung kepada keadaan pasaran.
5. Jika saya mahukan wang saya semula dengan segera, berapa mudah boleh saya menjualkan dana tersebut? Berapa lama saya mesti menunggu sebelum saya boleh mendapat wang saya semula?
Hanya isi repurchase form (jualan balik), kemudian submit ke agent atau terus ke Public Mutual.
Biasanya, maksimum 10 hari bekerja dapat balik wang tersebut samada dalam bentuk check atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank (Public Bank atau Maybank)
6. Apakah caj yang dikenakan jika seseorang pelabur itu hendak menjual balik sahamnya?
Tiada sebarang caj yang dikenakan (FOC).




RSS
Buzz
Facebook
FourSquare
Twitter