Unit Trust:Passing CUTE Exam
Posted by adminJun 13
Alhamdulillah, Sabtu lepas (semalam la tu) saya telah menduduki peperiksaan CUTE dan telah lulus dengan cemerlang. CUTE adalah singkatan bagi Computerised Unit Trust Examination, iaitu salah satu pra-syarat untuk menjadi seorang Perunding Unit Amanah/Unit Trust Consultant. Kini, saya adalah Perunding Unit Amanah yang berkelayakan dengan Public Mutual yang membenarkan saya melabur (bukan melalui agen lagi) serta menjemput orang lain untuk melabur dalam sebarang dana di bawah Public Mutual.
Untuk menjadi seorang Perunding Unit Amanah dengan Public Mutual:
- sekurang-kurangnya berumur 21 tahun
- kelayakan minimum SPM
- tidak mempunyai rekod jenayah atau muflis
- membayar RM250 untuk peperiksaan, yuran ejen dan pentadbiran
- menduduki dan berjaya lulus peperiksaan CUTE
Untuk lulus dalam peperiksaan, saya terpaksa mengkaji dan belajar tentang prinsip asas unit amanah (penentuan harga, pengiraan-pengiraan, pemurataan kos ringgit, dan lain-lain) serta juga peraturan-peraturan berkaitan dengannya.
Saya merasakan tujuan peperiksaan adalah bagi memastikan semua ejen penjual unit amanah mempunyai pemahaman asas yang akan membantu mereka dalam memberi nasihat untuk pelabur-pelabur yang berpotensi.
Langkah pertama saya sebagai seorang ejen adalah untuk menukarkan kesemua pelaburan-pelaburan yang sedia ada dalam Public Mutual daripada didaftarkan di bawah ejen-ejen kepada pendaftaran dibawah nama saya supaya saya boleh memantau sendiri portfolio pelaburan saya (terdapat satu borang penukaran ejen yang perlu untuk diisi untuk setiap dana).
Saya akan mengkaji pelaburan melalui sebahagian wang KWSP kita, sebelum memberi penerangan dan mengajak ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan rapat untuk melabur dalam unit amanah.
No related posts.




RSS
Buzz
Facebook
FourSquare
Twitter
Leave a Reply