Punca Utama Kemerosotan Kewangan!
Posted by adminAug 21
Salam sejahtera,
Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing.
Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri.
Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan anda… manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan anda..
- Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.
- Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam.
Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya! - Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.
- Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.
- Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.
- Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja!
- Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.
Bagaimana saudara/saudari? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?
Renung-renungkanlah…
Sekian, jumpa lagi pada entri akan datang
Related posts:




RSS
Buzz
Facebook
FourSquare
Twitter
Leave a Reply