Unit Amanah Public Mutual
Posted by adminJul 4
Tingkatkan Wang Anda Dengan Public Mutual
Kita semua mempunyai impian. Kebanyakan impian kita mungkin agak mahal. Namun demikian, impian anda boleh menjadi kenyataan melalui pelaburan-pelaburan yang betul. Unit Amanah adalah pilihan pelaburan yang sesuai untuk membantu anda dalam jangka panjang. Semakin awal anda mula melabur, semakin tinggi potensi pulangan anda.
“Pelaburan yang bijak boleh menjadikan anda sangat kaya sekiranya anda tidak tergesa-gesa.”
~ Warren Buffett ~
Apakah itu Unit Amanah?
Satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang bersama-sama bagi dilabur oleh pengurus dana profesional dalam satu portfolio sekuriti.
Terdapat juga dana-dana “Unit Amanah patuh Syariah” diurus berlandaskan kehendak Syariah. Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi & pelaburan dana-dana tersebut adalah mengikut kehendak Syariah.
Manfaat melabur dalam Unit Amanah
- Pengurusan Dana yang Profesional
Unit Amanah diuruskan oleh para profesional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak.
- Kepelbagaian Portfolio
Unit Amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan. - Pertumbuhan modal/aliran pendapatan
Unit Amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda. - Kecairan
Unit Amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari. - Kemudahan & Kemampuan
Anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM1,000 dan dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100. - Pendedahan Pelaburan
Unit Amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara yang berlainan. - Jaminan Pengawalan
Unit Amanah adalah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur. - Manfaat Pulangan Berganda
Unit Amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. Elemen penting dalam pulangan berganda ialah MASA – semakin lama tempoh masa, semakin besar pertumbuhannya.
Manfaat Memulakan Pelaburan Awal dan Kos Penangguhan Tindakan
Menyimpan sejumlah wang yang besar bagi perancangan persaraan anda atau pendidikan anak merupakan satu tugas yang amat mencabar tetapi dengan masa dan kuasa faedah berganda, anda akan terkagum dengan betapa cepatnya peningkatan jumlah dana anda jikalau anda membuat pelaburan secara tetap.
Contohnya:
Anda boleh mencapai wang simpanan RM1 juta dengan melabur RM220 setiap bulan dalam satu dana pelaburan selama 40 tahun*
Oleh itu, memulakan pelaburan awal mempunyai manfaat sementara penangguhan tindakan akan meningkatkan kos anda.
Contohnya:
Jika anda mula melabur 10 tahun lebih awal (tempoh masa 50 tahun)
Anda hanya peru melabur RM90 setiap bulan dalam satu dana pelaburan bagi mencapai wang simpanan RM1 juta*
Jika anda menangguhkan tindakan anda selama 10 tahun (tempoh masa 30 tahun)
Anda perlu melabur RM550 setiap bulan dalam satu dana pelaburan bagi mencapai wang simpanan RM1 juta*
*Andaikan kadar pulangan adalah 9% setahun. Angka ini merupakan satu andaian semata-mata dan tidak menunjukkan prestasi masa dahulu atau hadapan untuk mana-mana dana unit amanah.
Mula tingkatkan wang anda dengan Unit Trust !
Mengapa Public Mutual ?
Pemimpin Industri
- Public Mutual merupakan pemimpin dalam industri unit amanah swasta di Malaysia dan menguasai 41% bahagian pasaran.
- Dalam mengekalkan kedudukan No. 1 dalam industri, kami menguruskan lebih daripada 60 dana dengan nilai aset bersih berjumlah RM26.4 billion untuk lebih daripada 2,000,000 pemegang akaun.
- Sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual disokong oleh sumber-sumber kaya Bank.
Trek rekod yang unggul dalam memenangi anugerah
- Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu sebanyak 135 anugerah utama sejak 1999.
Pengalaman yang luas
- Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 31 Mei 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM35.9 bilion.
Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda. Hubungilah kami sekarang.
Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Propektus Induk Untuk Dana Siri Public dan Prospektus Induk Untuk Dana Siri Public Berlandaskan Syariah yang bertarikh 30 April 2009 sebelum melabur. Prospektus-prospektus ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti yang tidak bertanggungjawab di atas kandungannya, dan pendaftaran ini juga bukanlah syor atau saranan Suruhanjaya untuk melabur.
Anda seharusnya mengetahui bayaran atau caj yang terlibat dalam membeli dan menjual unit amanah dan harga-harga unit amanah dan pengagihan yang dibayar jika ada, adalah tertakluk kepada naik turun pasaran. Sebagai peringatan, prestasi dana-dana dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. Permohonan untuk membeli unit mesti dilakukan dalam borang prospektus. Salinan kedua-dua prospektus tersebut boleh diperolehi daripada perunding unit amanah anda atau pejabat Public Mutual yang berhampiran.
Related posts:




RSS
Buzz
Facebook
FourSquare
Twitter
Leave a Reply